Thursday, November 3, 2011

Perubahan

Berubah kepada yang lebih baik atau sebaliknya,semua terpulang pada diri kita yang memilihnya.sebarang akibat adalah tanggungan sendiri karena itu adalah keinginan kita sendiri.





Masuk minggu kedua selepas si gadis memutuskan untuk meneruskan agendanya,aku lihat dia banyak berubah.si gadis lebih banyak mendiamkan diri seringkali menjauhkan diri dari khalayak.boleh di bilang hanya beberapa kali saja dia bersuara,itu pun jika ada perkara yang penting untuk di bicarakan.dia kelihatan nampak tenang dari sebelumnya.apa yang aku tahu,si gadis sengaja mematikan telefon bimbitnya karena dia tidak mahu di ganggu.dan malam itu aku lihat si gadis asyik sekali dengan buku yang di bacanya.di sisinya ada bungkusan plastik berisi sketch book bersaiz A4,pemadam dan sebatang pensil.aku duduk di sisinya dan cuba memancing bicara.kamu mahu kembali melukis sayang?

si gadis tidak menjawab hanya menganggkat bahu tanda tidak pasti.aku cuba bertanya sekali lagi.kamu rindukan seni,mahu melukis kembali seperti waktu dulu? sejenak itu si gadis merenung aku lama...di tariknya nafas dalam-dalam dan kemudiannya di hembus keluar perlahan.bungkusan tadi di capainya dari tangan aku.dia merenung bungkusan di tangan,beberapa saat kemudia kembali memandang aku semula.senyum tawar di hadiahkan buat aku.


"aku tidak pasti kenapa aku membelinya,aku sekadar mengikut gerak hati"


isi dari bungkusan itu di keluarkannya di beleknya satu persatu barang yang di belinya tadi.sejenak itu dia mengeluh bagaikan melepaskan beban berat yang di tanggung.apa kau tidak rindu untuk melukis kembali,sama seperti waktu dulu,dimana kau sering meluah rasa di atas kertas kosong itu.soalan yang sama tapi kali ini aku cuba untuk menyemali isi hatinya saat ini.si gadis memandang aku bisu bibirnya mengukir senyum pahit,aku tahu dia masih punya keingin itu tetapi masih tetap mahu menafikannya.


"aku pernah ada rasa begitu,tetapi jiwa aku masih belum cukup kuat"


si gadis aku pandang sayu...kedengaran luahan hatinya begitu mengharap akan terbit jiwa itu.jemarinya aku raih ke dalam genggaman cuba untuk salurkan kekuatan sebanyak mungkin.dia mendekat lalu merebahkan kepalanya ke bahu aku.saat itu aku tahu si gadis masih memerlukan kekuatan dari aku masih perlukan keyakinan dari aku.sebolehnya aku cuba untuk kembalikan dirinya seperti yang dulu.....



15 comments:

  1. melukis.jiwa akan lebih tenteram.segala kekalutan jiwa boleh dilafazkan dengan contengan yang hanya diayg boleh memahami.cubalah....

    ReplyDelete
  2. untunglah kamu berada di samping dia ketika dia perlukan kamu.

    ReplyDelete
  3. dah lama tinggal lukisan... kerana ianya sunyi...

    p/s: semoga gadis itu kuat melawan arus hidup

    ReplyDelete
  4. si gadis mahu seseorang menemani dirinya.

    ReplyDelete
  5. aku tahu si gadis sedang berusaha sekuat mungkin untuk jayakan agendanya.
    walau bkn semudah yg disangka.
    aku pasti dia akan berjaya hanya jika hatinya kuat.

    ReplyDelete
  6. aku harap usahamu berjaya.letakkan harapan pada pundakmu dan biarkan impiannya tercapai.

    ReplyDelete
  7. berharap agar impian si gadis menjadi realiti bila berteman kamu erat di sisinya . . .

    ReplyDelete
  8. insan yg berjiwa seni itu unik sekali~
    hargai si gadis seadanya~ ^^

    ReplyDelete
  9. wah,
    ikhlasnya, aku begitu kagum dengan gadis yang menghargai seni,,apatah lagi lukisan.. :D

    aku canggung sekali dgn pensil dan kertas..

    ReplyDelete
  10. jiwa si gadis ingin terus berkarya tapi ada sesuatu yang ingin di lupakan......
    seni itu indah.....
    moga si gadis tak terus melupakan...

    ReplyDelete
  11. tersentuh hati hamba dek perincian mengenai dua hati

    ReplyDelete