Si gadis aku lihat kelihatan lemah sekali dan beberapa kali juga aku mendengar keluhan kecilnya.wajahnya nampak tidak bersemangat tidak seperti selalunya.biarpun punya masalah tapi si gadis bijak mengawal imbang antara masalah peribadi dan kehidupan.tapi hari ini aku lihat si gadis lain sekali dari hari biasanya.malam itu ketika berbaring aku cuba untuk memancing kata.mulanya si gadis banyak diam dari bicara,dan seketika senyap,beberapa saat tika itu aku dengar esak halus dari si gadis."semua orang tidak pernah mahu memahami sebelum meletak hukum" si gadis benar-benar menangis kecewa teringat aku cerita kecewanya dengan darah daging sendiri tempoh hari lalu."aku juga mahukan yang terbaik,tapi kenapa ramai yang tidak mahu menerima takdir itu qada dan qadar yang di tetapkan?" seraya itu titis mutiara yang jatuh semakin deras.lalu aku eratkan pelukkan biar bertambah padat.dan malam itu si gadis lelap akhirnya bersama tangis yang masih tersisa di wajahnya dalam dakapan aku.
jika ska ditempatnya ska juga akan kecewa.
ReplyDeletesebab orang lain bukan hakim dia.
ReplyDeletepisau belati..
ReplyDelete:) senyuman terpanjang didunia
cuba untuk bertahan dan terus kuat walaupun dalamannya sangat lemah. air mata itu hanya satu alatan yang mampu menenangkannya untuk jadi lebih kuat.
ReplyDeletepadatkan lagi pelukan itu kerana pelukan itu adalah kata semangat tanpa bicara.