Sunday, May 30, 2010

Pembunuh Kejam

Dalam hidup kadang kala kita terpaksa memilih sama ada dalam terpaksa atau rela hati.dan ada kalanya kita keliru dalam membuat pilihan demi untuk menjaga banyak hati.


.


si gadis mula membuat pertaruhan berani mati.entah aku sendiri tidak pasti apa yang bermain dalam fikirannya.si gadis terlalu berani bertaruh sebesar itu dalam hidup sendiri,sedangkan dia sendiri tahu akan akibat yang sedang menanti.serik? perkataan serik itu bagaikan tidak pernah wujud dalam hidup si gadis.berapa banyak pun si gadis tidak pernah hiraukan dan kadang kala si gadis sendiri keliru dengan identitiny sendiri.dan si jejaka masih lagi dalam amarah tentang peristiwa itu.aku pula hanya mampu jadi pemerhati dan terus memerhati dari sudut sebelah sana..

Sunday, May 16, 2010

Bermain Api Dalam Sekam

Diri jatuh tersadung lantaran keindahan yang di tutupi kepalsuan yang di kejarkan menjadi pertaruhan tanpa harapan pasti.
.
si gadis semakin berani semakin di larang semakin agresif.entah apa yang menguasai fikiran si gadis segala pendapat tak di endahkan.nyatanya si gadis berjaya menjadi pelakon hebat di atas pentas dunia yang penuh dengan dusta.apa lagi yang nak dikatakan lagi semua bagaikan debu pasir yang bertaburan hilang di tiup angin berterbangan tanpa arah.si gadis berjaya mengaburi mata2 yang menjadi penonton filem tak bertajuk itu.aku dan jejaka kembali buntu dan merasa kegagalan sudah menghampiri ke puncak.

Sunday, May 9, 2010

Kesilapan Berulang Adalah Bodoh

Dalam diam tanpa pengetahuan aku dan si jejaka,si gadis mula merancang agenda lain.si gadis masih lagi dalam dunia ciptaannya sendiri.tidak menoleh kesilapan lalu sebagai pengajara,sebaliknya di jadikan permainan di masa kelapangan.melakukan kesilapan secara berulang aku anggapkan sebagai perbuatan paling bodoh! namun si gadis bagaikan lupa diri terlupa bahawa satu masa dulu dia pernah tersilap langkah.nyatanya si gadis masih lagi perlukan perhatian dari aku dan si jejaka.tapi bagaimana mahu mengawasinya setiap masa? kami sayangkan si gadis,tapi si gadis tidak pernah mahu memahaminya.

Saturday, May 8, 2010

Umpama Satu Perjudian

Hidup umpama satu perjudian adakalanya kita menang dan adakalanya kita kalah.tapi kalah tak bermakna akan terus jatuh tersungkur tanpa arah.jadikan pedoman dan pengalaman yang mematangkan diri.
.
Setelah aku dan si jejaka memBrainwash otak si gadis,kini dia kembali normal kembali kepada kami sebagai gadis kesayangan kami yang dulu.dan aku kini sudah dinaikkan pangkat tanpa kerelaan maka kesibukkan adakalanya membuatkan aku terabaikan si gadis.si jejaka yang aku harapkan dapat menjaga si gadis,kini turut juga sibuk dengan pelbagai urusan.aku harap si gadis dapat menjaga dirinya sendiri walaupun tanpa kami berdua di sisi.