Friday, December 3, 2010

Sedetik Itu Sudah Cukup

senyumlah sayang senyum dengan semanisnya dan kau akan berasa tenang biarpun hanya sebentar,tinggalkan duka tinggalkan lara dan kau akan baik-baik saja.......
.
.
.
sengaja aku meminta si gadis untuk turut serta dalam apa saja program yang di anjurkan.aku tahu si gadis belum cukup bersedia untuk pergi.tapi aku rasa ini adalah jalan terbaik untuk melihat senyum dan tawa si gadis.jika dia di sini lebih banyak yang akan di kenangkannya bila semua memori yang terakam itu di mainkan semula.untuk beberapa minggu ini sebolehnya aku tidak mahu beri pelunag pada si gadis untuk duduk bermenung.biarkan masanya di penuhi dengan pelbagai acara agar dia dapat melupakan sebentar semua kesakitan itu bila berhadapan dengan tugasnya.aku tahu ini cara paling baik untuk buatnya lupa seketika kerana si gadis seorang yang fokus bila melakukan sesuatu.dan hanya pada waktu itu juga aku dapat melihat senyum dan tawanya secara ikhlas tanpa paksaan.harapnya si gadis akan lebih tenang selepas itu.....

Friday, November 12, 2010

Pertemuan Kembali

Usah di kenang barang yang lepas,pandang ke hadapan dan teruskan perjalanan.andai yang di tinggalkan sudah jauh ke belakang,jangan di toleh atau berpatah balik untuk memungutnya....
.
.
.
sejak akhir-akhir ini si gadis agak berlainan sekali sikapnya kelihatan agak keletihan wajahnya murung dan sesekali dia bermenung.satu hari aku duduk di sebelahnya dan cuba untuk menyelami hatinya.agak lama gadis berdiam diri pandangannya di lemparkan ke tasik buatan,ada genang di sudut matanya.aku menggenggam erat tangannnya cuba untuk salurkan kekuatan buat si gadis.dia menunduk dan dengan perlahan dia berkata "aku jumpa dia semalam" ada titisan air jernih mengalir di pipinya si gadis menangis.aku tidak membalas katanya cuba untuk beri dia peluang meluahkan segalanya dan dia pun berkata lagi "dia sudah buang aku terus dalam hidupnya,aku ini tak punya makna lagi buat dia" ada getar dalam suaranya si gadis agak kecewa tika itu.aku tidak memujuk sekadar berikan dia merasa tenang sahaja.jika di pujuk waktu itu aku yakin si gadis tidak mungkin terima sebarang kata-kata aku.mungkin selepas tenang nanti aku akan cuba untuk berbicara dengannya secara aman.....

Monday, November 1, 2010

Terlanjur


Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata habis binasa.masa tak mungkin boleh di putar semula kepada hari yang lalu.
.
.
.
Si gadis telah terlanjur sungguh ini sangat mengejutkan aku dan si jejaka.si jejaka begitu berang sekali dengan tindakkan bodoh si gadis.nyatanya si gadis kembali mengulang kesilapan lalu,langsung tidak ada pengajaran buatnya.si gadis nyata masih tidak mengenal erti serik.kata si gadis "aku terlepas kata,dia terlalu mendesak dan aku rasa terhimpit" si gadis kecewa lagi melukakan hati yang pernah terluka satu masa dulu.jika tidak ikhlas,mengapa di persetujui perjanjian.yang akan terluka bukan satu,tapi dua.kata si gadis dia sanggup di kecewakan sekali lagi dia sanggup merasa sakit untuk tempoh itu asalkan dapat membahagiakan hati beberapa pihak.keputusan yang di buat si gadis benar-benar mengecewakan si jejaka.si jejaka marah tanda sayang tak sanggup lagi dia melihat airmata si gadis.kata si gadis dia sendiri keliru mindanya fikirkan lain,tapi mulutnya berkata lain dia sudah terlanjur kata dengan membuat perjanjian itu.tapi itulah keputusan si gadis sekarang menyakiti hati sendiri untuk senyuman orang lain.

Thursday, October 28, 2010

Seru

Kesibukkan aku sejak beberapa hari ini buatkan aku terabaikan beberapa perkara penting dalam hidup.si gadis dan si jejaka entah apa jadinya tak aku pantau hilanglah puncanya.kesilapan lalu benar-benar menghantui hidup.aku tidak mahu lihat si gadis terus menerus hidup dalam dunia ciptaannya.aku tidak mahu si gadis terlalu ikutkan rasa hatinya kelak nanti yang binasa dia juga.secara perlahan aku menarik si gadis untuk keluar dari kepompong kenangan lalu.sedih si gadis aku yang tahu dan untuk itu aku tidak mahu lihat airmatanya lagi.cukup apa yang di tanggungnya selama beberapa tahun ini.si gadis aku lihat sudah semakin hilang dayanya dan lebih banyak berserah kepada takdir.adakah si gadis benar-benar mahu mengalah dengan hidupnya? semangat juangnya semakin pudar drama kehidupan di pandangnya kosong langsung tiada makna.si gadis bagaikan sudah mati hatinya...

Tuesday, October 26, 2010

Mencari Jejak Yang Hilang

Usah kau buru bayang yang hilang,hitam pekat menjelma di kala malam.kelak siangnya cerah maka bayang pun hilang.dan kau juga terkapai akhirnya.
.
.
.
Aku sangka beberapa tahun si gadis mendiamkan diri mungkin dia sudah melupakan.tapi sangka ku meleset sama sekali,tekad si gadis membara bagaikan api marak menyala.si gadis benar-benar dendam.aku buntu dan jalan penyelesaian adalah dengan mula bercakap dengan si jejaka.si jejaka harus di kejutkan semula dia harus sedar sebelum si gadis mula bertindak.rasa sakit dalam jiwa kembali memberontak entah mengapa si gadis kembali untuk menjejak.aku tahu marah si gadis itu tidak pernah surutnya.

Wednesday, October 20, 2010

Jangan Ada Benci

Jangan ada benci makin di benci akan adanya rindu.perasaan dan hati tidak boleh di paksa dan di desak kerana itu bisa menyakitkan jiwa-jiwa halus yang tersembunyi di sebalik aliran darah itu.
.
.
.
kata si gadis,"kebencian itu membuahkan dendam berterusan" ya,aku faham itu si gadis masih dalam amarahnya.peristiwa beberapa tahun lalu membuatkan dia tetap terus bertekad.jejak yang hilang harus di cari.mungkin bau nya sudah hilang di tiup angin tapi jasad itu pasti masih tetap di sini.dan kenyataan si gadis itu membuatkan aku takut kata-kata dari si gadis bukan sekadar kata-kata.tapi itu adalah "tekad" bermakna si gadis benar-benar bermaksud dan pasti tentang itu.dendam si gadis masih tidak pernah luput, walau satu episod itu pasti tidak terlepas.dalam matanya aku lihat jelas kemarahan dan kekecewaan masih berbekas.

si jejaka masih berdiam diri tidak mahu ambil peduli lagi tentang si gadis,mungkin hatinya mati.jika si jejaka tahu akan agenda si gadis seterusnya,sudah tentu si jejaka akan berang.dan itu juga paling aku takuti baran si jejaka yang tidak pernah surut kerana kedegilan si gadis.

Monday, October 18, 2010

Mencari Pulau

Masalah itu tidak akan pernah selesai jika kita terus melarikan diri dari berhadapan dengannya.usah hidup dalam bayang-bayang ancaman jika takut berhadapan dengan rintangan.
.
.
.
Semalam,si gadis begitu kuhsyuk sekali melayari internet.aku kira berjam-jam lamanya si gadis di hadapan komputer.entah apa yang di carinya aku sendiri tidak pasti.sesekali dia mencatat sesuatu di buku nota kecil berwarna biru miliknya.aku mendekati berdiri di belakang si gadis sambil mengusap lembut rambut ikal hitam milik si gadis.dia menoleh lalu menghadiahkan aku secebis senyuman nipis.kehairanan aku,nyatanya website yang di search oleh si gadis adalah website percutian di pulau-pulau.aku bertanya sama ada si gadis ingin bercuti,dan sangkaan aku benar si gadis sedang sibuk memilih lokasi percutiannya.atau lebih tepat lagi,si gadis ingin berkelana sendiri-sendiri di sebuah pulau.kali ini aku tidak pasti berapa lama si gadis akan pergi.wajarkah aku menegah atau membiarkannya saja?

Thursday, October 14, 2010

Ada Untuk Mu

Bila masa dan waktu kau punya masalah,ingatlah aku dan aku akan cuba untuk selalu berada di sisi kamu.ini janji aku!
.
.
.
katakanlah jika hati dan jiwa kamu ingin berbicara lafazkanlah pada aku.dan aku akan pinjamkan kamu telinga aku untuk mendengar setiap patah resah hatimu.menangislah jika kau rasa itu keperluan dan menjadi keselesaan buatmu dan aku akan pinjamkan kamu bahu ku untuk kau menumpang rasa.teriakkan saja segala yang menjadi bebanmu lepaskan dan campakkan ia jauh dari bulatan hidupmu.dan aku akan datang rapat memelukmu seeratnya hinggakan tiada peluang untuk udara melalui setiap ruang yang telah aku penuhkan.
.
dan ku hulurkan tangan untuk memimpin jalan mu supaya kau tidak jatuh keseorangan.akan aku berikan kau lilin untuk menerangi jalan berliku yang penuh dengan duri berbisa dari pijakkan kaki mu.lantas aku sediakan sepatu buat pelindung di setiap langkah-langkah kamu.aku rela seandainya aku di minta menjadi peneman tidur mu menjadi pendamping mu di kala siang hari.dan setelah itu yang menjadi janji aku buat kamu,apa lagi mahu kamu?
.
.
.
catatan memujuk buat panah beracun yang sedang
berkecil hati di ruangan di sebelah sana.

Tuesday, October 12, 2010

Menjawab Persoalan

Walau siapa pun dia di mana kedudukkannya,dia tetap seorang insan yang menumpang hidup di bumi tuhan.yang memperhambakan diri dan mengikat janji untuk akan selalu menerima segala yang telah di takdirkan untuknya.
.
.
.
menjawab persoalan di penulisan yang lalu ada beberapa orang yang bertanya siapa si gadis? adakah cerita ini benar atau rekaan? maaf jika ada yang keliru atau ragu-ragu dengan aku.setiap bait kata yang aku tulisankan di sini adalah benar.ini bukan cerita rekaan atau imaginasi,tetapi ini adalah kebenaran.kisah benar tentang seorang gadis yang aku perhatikan bagaimana dia melalui hidupnya,jiwanya,hatinya juga perasaannya.ini adalah hakikat dan realiti hidup seorang gadis di mana dia di uji dengan perlbagai macam bentuk dugaan buatnya.sungguh pun adakalanya dia nampak seperti seorang yang lemah,sebenarnya dia juga punya hati yang kuat.jika tidak,masakan dia mampu untuk terus bertahan sehingga kini.

Sunday, September 26, 2010

Dia

Dia nampak tabah dari luaran tetapi jauh dari dasar hatinya dia agak rapuh.pendengar yang baik dan sentiasa mahu menjadi pendamping pada sesiapa yang memerlukan.sanggup berkorban demi melihat orang kesayangannya gembira dan bahagia.seorang yang cekal biarpun hatinya sering kali terluka.
.
.
.
Dia adalah si gadis seorang individu yang seringkali aku ceritakan di sini.seorang yang sederhana dan agak perahsia orangnya.identitinya sukar untuk di kenal pasti kerana jarang sekali dia berkongsi rasa hatinya dengan orang lain.di sebalik wajah lembutnya,adakalanya dia memperlihatkan sedikit rasa ego.keperluan bagi sifat manusia walau mungkin sejentik cuma.tidak sesekali menitiskan airmata di depan khalayak lebih gemar menyembunyikan rasa itu dengan senyuman.seorang yang merendah diri biarpun dia punya kelebihan tanpa di sedari.low profile dan tidak gemar menonjolkan diri dia tidak mahu menjadi perhatian khalayak.lebih gemar bersendiri dan adakalanya berani berkelana seorang diri di tempat2 peranginan untuk bercuti bersama buku-buku dan camera digital kesayangan.seorang yang sangat setia dan teramat menghargai orang-orang yang pernah menyentuh hidupnya.

Wednesday, September 22, 2010

Pusara

Dan bila rindu pun bertamu kenangan lalu menerjah kembali ke ingatan.hati bagai tertusuk sembilu biar beribu tahun pun berlalu,tetap tak akan pernah luput di ingatan.
.
.
.
Aidilfitri ketiga setelah beberapa tahun aidilfitri yang lalu si gadis tidak berkesempatan ke sini,lalu tahun ini si gadis tekad untuk bertamu di sini.sebaik kaki melangkah wajahnya sayu matanya tertancap pada satu-satu pusara putih bersih itu.si gadis duduk di hadapan pusara sambil tangannya menyentuh sayu kepala nisan berukir tulisan jawi indah.aku menyentuh lembut bahu si gadis cuba menyalurkan semangat semaksima mungkin.si gadis mendongak memandang sayu pada aku,kelihatan ada genang di mata redup itu.aku tahu si gadis terlalu rindu,kasih dan sayang pada arwah.kata-kata si gadis buatkan aku berasa sayu "mengapa dia yang harus pergi?" "mengapa dia tinggalkan aku sendiri?" "mengapa dia pergi dulu sebelum aku?"si gadis berkata sehingga kini dia masih tidak dapat memaafkan diri tentang peristiwa itu.si gadis begitu kesal dengan dirinya sehingga kini si gadis masih mempersalahkan dirinya...

Monday, September 6, 2010

Seketika Cuma

Assalamualaikum...
untuk seketika ini Pisau Belati ingin berehat seketika dan kisah si gadis terhenti untuk beberapa waktu.Pisau Belati ingin menumpukan perhatian penuh terhadap beberapa pekara penting.syawal bakal menjelang tidak lama lagi dan ramadhan akan mengundurkan diri.Pisau Belati perlu menarik keluar si gadis dari kurungan kesedihan sebelum syawal menjelma.
.
terima kasih kepada semua yang membaca dan memberikan buah fikiran yang baik untuk bantu si gadis.komen-komen berguna dari anda semua sangat Pisau Belati hargai ada apa-apa yang baik kita kongsi sama-sama islam itu kan bersaudara.anda-anda semua juga adalah saudara Pisau Belati.tidak lupa juga pada Panah Beracun di sudut sebelah sana PAIN KILLER itu adalah ruangan untuk dia meluahkan rasa.
.
akhir kata dari Pisau Belati selamat hari raya aidil fitri mohon maaf sekiranya ada salah dan silap terkasar bahasa dalam memberi komen-komen di ruangan anda-anda semua.Pisau Belati di sini akan terus memerhati selagi di beri nafas sekali roh berada di dalam jasad selagi di beri umur dan kesempatan.jaga diri jaga ibadat bersihkan hati sucikan jiwa pelihara agama dan akidah insyallah kita akan selamat.
.
.
.
Salam Ukhuwah Dari Kejauhan...

Sunday, September 5, 2010

Tiada Makna

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya dan tak lama lagi syawal pula bakal menjelma.moga-moga syawal kali ini lebih bermakna dari tahun lepas.tidak lupa juga kepada keberkatan ramadhan hujung-hujung ini.
.
.
.
bertanya aku kepada si gadis apa mahunya untuk persiapan syawal nanti.si gadis hanya memandang kosong dataran yang terbentang di hadapannya.kemudian nafas di tarik perlahan dan tunduk memandang ke tanah.masih membisu tiada riak gembira di wajahnya semua kosong.aku ulangi pertanyaan yang sama untuk kali kedua kali ini dia menjawab lemah.katanya raya itu sudah tiada maknanya dalam hidup si gadis.raya atau tidak perasaan itu tetap sama si gadis tidak gembira.aku tahu si gadis masih gusar dan jiwanya semakin lemah tapi aku tetap bersama meniupkan aura-aura semangat buatnya.si gadis harus di beri perhatian jika di biarkan sendirian akan memberontak.aku fahaminya hati kecil itu masih sakit menahan rasa...

Monday, August 30, 2010

Keampunan

Manusia itu hina disisiNya tidak pernah sempurna di penglihatannya.manusia itu lemah disisinya masih memerlukan doa keatasNya.
.
.
.
Ya ALLAH...yang maha pemurah,yang maha pengasih,yang maha penyayang.sujud ku di hadapanmu menadah kedua tangan meminta keredhaanmu.sesungguhnya aku ini insan hina sesungguhnya aku ini insan lemah.Ya ALLAH yang maha agung peliharalah aku daripada kemungkaranmu.kuatkanlah iman ku tetapkanlah hati ku berilah kemudahan dalam urusanku.Ya ALLAH yang maha mendengar yang maha melihat aku memohon kepadamu berkatilah hidupku sesungguhnya aku ini tidak kuat untuk berdiri sendiri tanpamu...

Saturday, August 28, 2010

Dosa

Dosa itu satu hukuman dimana bayaran ikat jaminnya adalah taubat dan keampunan
.
.
.
Jauh telah terlalu jauh aku berjalan aku mencari sesuatu entah apa yang aku cari aku tidak pasti.aku ini terlalu banyak melakukan kesilapan sehinggakan tempias itu terpalit pada si gadis.aku ini insan hina aku ini insan berdosa aku inginkan keberkatan tuhan.hati tidak tenang aku resah memikirkan masa depan.sampai bila harus aku terus hidup dalam bulatan kekosongan ini.aku tidak kuat aku perlukan pimpinan untuk menunjuk arah yang perlu aku lalui.aku sedih sekali mengenangkan nasib diri entah sampai bila harus aku biarkan keadaan ini menjajah diri.Ya ALLAH,aku perlukan petunjukMu.....

Friday, August 27, 2010

Kesempurnaan

Hidup hanya sekali dan mati itu sekali...tuhan itu satu hanya ALLAH maha besar yang menciptakan sekalian alam dan isinya.
.
.
.
Selama bertahun hidup di muka bumi ini aku tidak pernah berhenti daripada mencari.adakalanya aku terfikir,apa yang aku cari selama ini? bertahun lamanya masih lagi tidak aku temui apa yang aku cari.aku merasakan aku kekurangan sesuatu ada sesuatu yang masih tidak lengkap buat ku.mungkinkah amalan aku selama ini tidak diterima tuhan? apa yang perlu aku tambahkan,mungkin banyak kekurangan tapi aku sindiri tidak sedar di mana kekurangan ini.oleh kerana itu sehingga kini aku masih mencari-cari di mana kesempurnaan itu...

Wednesday, August 25, 2010

Maaf Sayang

Maaf mudah dilafaz tapi,bisakah diterima dengan seikhlasnya? hanya hati lebih memahami...
.
.
.
Sudah masuk seminggu ramdhan si gadis masih sama menjalani kehidupan seharian tanpa perasaan.si jejaka semakin sibuk dengan urusan2 pentingnya sehinggakan tidak ada masa untuk memikirkan hal lainnya.aku hanya memerhatikan saja kedua mereka dan semakin lama aku merasakan aku dan mereka sudah semakin jauh.aku perlu keluarkan si gadis dalam kurungan itu mindanya perlu di cuci.si gadis masih memikirkan segala yang telah berlaku.itu kesilapannya mempersetujui tanpa kerelaan.sedangkan si gadis masih berpeluang untuk membuat pilihan.entah mengapa si gadis memilih untuk melukai hati sendiri demi untuk kegembiraan insan lain.pada dasarnya si gadis kelihatan gembira,tapi dalam matanya dapat ku lihat betapa sedihnya dia.apa yang perlu aku lakukan sekarang?

Wednesday, August 18, 2010

Dia

kematangan bukan di ukur melalui umurnya,tetapi di nilai melalui pengalaman hidupnya...
.
.
.
Dia,sudah beberapa kali jatuh tersungkur menyembah bumi,sudah beberapa kali pengalami kepatahan hati.namun dia tetap terus berdiri dan berlari memaksa hati menerima segala takdir yang telah tertulis untuknya.dia pernah di hina dan di keji pada satu masa lalu dan dia juga hampir mati merelakan diri di jadikan patung-patung boneka itu.namun detik hatinya masih kuat mempertahankan prinsip yang selama ini menjadi sumber kekuatan untuk terus berdiri.benteng hatinya terlalu keras,wajah nya kelat dialah si jejaka yang dulunya seorang yang lemah dan mudah berserah.kini menjadi seorang yang gagah! jangan cuba di cabar kesabarannya.

Monday, August 16, 2010

Sinar Ramadhan

Ku mengharapkan sinar ramadhan pada tahun ini memberikan aku kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh berliku ini...
.
.
.
Ramadhan datang lagi...penuh pengharapan penuh dengan sinar keberkatan.dan sesungguhnya aku bersyukur di beri kesempatan pada tahun ini untuk menikmati cahaya yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.si gadis masih sama tidak menunujukkan riak-riak kegembiraan menyambut bulan ini.sesekali senyuman yang di lemparkan kelihatan suram di bibir manis itu.takala menatap ke dalam matanya,aku dapat melihat bayang-bayang harapan yang sudah mati.

Thursday, July 22, 2010

Lelah

Biar berpenat lelah berhabis masa sekali pun,hanya kerana insan yang disayangi,aku sanggup asalkan dapat melihat senyumannya kembali.kerana hanya sebuah senyuman itu bisa menghilangkan segala lelah yang sekian lama tersimpan di benak.
.
.
.
.
Sejak akhir-akhir ini aku cuba meluangkan sedikit masa untuk si gadis.walaupun tugas seharian menuntut aku untuk lebih fokus tetapi si gadis memerlukan perhatian yang lebih dari aku.si gadis tak bisa di tinggalkan sendirian barang seminint sekali pun si gadis akan merasa kesunyian.sedangkan si jejaka masih terlalu sibuk dengan urusan-urusan penting yang meyebabkan si jejaka terpaksa mengabaikan si gadis yang memerlukan perhatiannya juga.tapi tidak mengapa aku sendiri bisa menenangkan si gadis walaupun untuk seketika cuma,itu sudah mencukupi.sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit kesedihan dan keresahkan si gadis.ku lihat si gadis sudah berubah sedikit demi sedikit namun adakalanya si gadis sedikit memberontak jika terkenangkan kesakitannya yang lalu.harap ku si gadis akan kembali ceria hidupnya.

Tuesday, July 13, 2010

Sejarah Ulangan

Imbasan memori lalu kembali menerjah ke kotak ingatan.cerita tentang kelukaan,kekecewaan,kesakitan,harapan.semuanya berputar silih berganti bagaikan video tanpa suara.
.
.

.

.

.

Malam itu si gadis menangis lagi menangis dengan penuh kesalan dan kesakitan.bukan kerana memori-memori silam sebaliknya keputusan yang baru saja di persetujui olehnya.sungguh si gadis benar-benar rasa terhimpit demi untuk menjaga hati semua untuk kebahagiaan semua.dan berbalik kepada sejarah lalunya bagaikan kini di ulang semula tapi berbeza insan dan situasi.untuk kali ini si gadis berharap ini adalah yang terakhir kali dia rela biar pun terpaksa mengorbankan hati sendiri.saban hari dia berdoa dan berharap agar semuanya selesai tanpa melukakan sesiapa.dia rela mengalah andai itu adalah takdirNya.

Sunday, July 11, 2010

Harapan

Lelah membina harapan memasang impian menyimpan angan,sayang sekali rangkanya rapuh sekali.bila di hembus angin lembut ia jatuh rebah ranap menyembah bumi.
.
.
.
.
.

Demi tidak menghampakan hati-hati yang telah mengharap,si gadis lebih rela menanggung derita biarpun dia tahu itu bukanlah jalan terbaik.saban hari si gadis di bayangi dengan skirp-skirp rekaannya.setiap skirp di beri tajuk penuh keindahan namun jalan cerita yang penuh berliku.klimaks penceritaan sudah nampak keindahan yang penuh dengan bunga2 harapan.namun setiap endingnya adalah kesakitan yang tak berkesudahan.setiap yang memandangnya dihadiahkan sebuah senyuman,namun di sebalik senyuman itu dia meyimpan berjuta tangisan penuh kesalan.

Tuesday, June 22, 2010

Air Dari Langit

titis harapan jatuh berderai lalu tempiasnya menampar lembut ke pipi mulus itu.pandangannya kosong dan sepi.
.
.
Pernah satu ketika si gadis duduk di satu sudut menyendiri dan menjauhi.merenung langit kosong tanpa palitan berwajah sugul seakan menanggung beban yang berat.juraian manik2 jernih mengalir lalu turun ke pipinya.seakan menyesali sejarah-sejarah lampau yang pernah tercatat pada skirp-skrip usang itu.kata-kata itu berputar-putar bagaikan cekera yang di mainkan.sesekali imbasan-imbasan lampau kembali menerjah kesal sekali.si gadis sedari kesilapan itu telah di ulangi tak tahu sebab apa.mahu berundur tetapi sudah terlalu jauh terlajak.langkahnya semakin longlai dan lesu betapa besarnya hukuman yang bakal di jalaninya nanti.

Sunday, May 30, 2010

Pembunuh Kejam

Dalam hidup kadang kala kita terpaksa memilih sama ada dalam terpaksa atau rela hati.dan ada kalanya kita keliru dalam membuat pilihan demi untuk menjaga banyak hati.


.


si gadis mula membuat pertaruhan berani mati.entah aku sendiri tidak pasti apa yang bermain dalam fikirannya.si gadis terlalu berani bertaruh sebesar itu dalam hidup sendiri,sedangkan dia sendiri tahu akan akibat yang sedang menanti.serik? perkataan serik itu bagaikan tidak pernah wujud dalam hidup si gadis.berapa banyak pun si gadis tidak pernah hiraukan dan kadang kala si gadis sendiri keliru dengan identitiny sendiri.dan si jejaka masih lagi dalam amarah tentang peristiwa itu.aku pula hanya mampu jadi pemerhati dan terus memerhati dari sudut sebelah sana..

Sunday, May 16, 2010

Bermain Api Dalam Sekam

Diri jatuh tersadung lantaran keindahan yang di tutupi kepalsuan yang di kejarkan menjadi pertaruhan tanpa harapan pasti.
.
si gadis semakin berani semakin di larang semakin agresif.entah apa yang menguasai fikiran si gadis segala pendapat tak di endahkan.nyatanya si gadis berjaya menjadi pelakon hebat di atas pentas dunia yang penuh dengan dusta.apa lagi yang nak dikatakan lagi semua bagaikan debu pasir yang bertaburan hilang di tiup angin berterbangan tanpa arah.si gadis berjaya mengaburi mata2 yang menjadi penonton filem tak bertajuk itu.aku dan jejaka kembali buntu dan merasa kegagalan sudah menghampiri ke puncak.

Sunday, May 9, 2010

Kesilapan Berulang Adalah Bodoh

Dalam diam tanpa pengetahuan aku dan si jejaka,si gadis mula merancang agenda lain.si gadis masih lagi dalam dunia ciptaannya sendiri.tidak menoleh kesilapan lalu sebagai pengajara,sebaliknya di jadikan permainan di masa kelapangan.melakukan kesilapan secara berulang aku anggapkan sebagai perbuatan paling bodoh! namun si gadis bagaikan lupa diri terlupa bahawa satu masa dulu dia pernah tersilap langkah.nyatanya si gadis masih lagi perlukan perhatian dari aku dan si jejaka.tapi bagaimana mahu mengawasinya setiap masa? kami sayangkan si gadis,tapi si gadis tidak pernah mahu memahaminya.

Saturday, May 8, 2010

Umpama Satu Perjudian

Hidup umpama satu perjudian adakalanya kita menang dan adakalanya kita kalah.tapi kalah tak bermakna akan terus jatuh tersungkur tanpa arah.jadikan pedoman dan pengalaman yang mematangkan diri.
.
Setelah aku dan si jejaka memBrainwash otak si gadis,kini dia kembali normal kembali kepada kami sebagai gadis kesayangan kami yang dulu.dan aku kini sudah dinaikkan pangkat tanpa kerelaan maka kesibukkan adakalanya membuatkan aku terabaikan si gadis.si jejaka yang aku harapkan dapat menjaga si gadis,kini turut juga sibuk dengan pelbagai urusan.aku harap si gadis dapat menjaga dirinya sendiri walaupun tanpa kami berdua di sisi.

Thursday, March 25, 2010

Dia Kembali Hilang Arah

Berubah! dia benar2 telah berubah aku sangka dia tidak akan kembali begitu sangkaan aku meleset benar jauh daripada apa yang aku pernah harapkan tika waktu dulu.si gadis hampir hilang arah dan pedoman yang pernah menjadi target dalam hidupnya.dia kembali ke jalan yang penuh dengan kepalsuan itu.dia seakan telah terlupa tentang perihal harapan yang pernah di ucapkan nya dulu.hanya kerana seorang teman lama...katanya hanya sekadar ingin mengubahnaya ke arah kebaikkan dan tanpa sedar si gadis sendiri hampir terheret sama dalam pengaruh yang memesongkan itu.si jejaka pula terus terusan berusaha untuk meghalang si gadis.namun kedegilan si gadis mengatasi segalanya.....

Friday, March 19, 2010

Scandal 2 dalam 1

semalam tidur bertemankan si jejaka...sementara menanti mata mengantuk,aku beromongan kosong sama si jejaka.bercerita perihal si gadis yang kami cintai tentang kekecewaan si gadis terhadap peristiwa itu.si jejaka tak berniat untuk membuat si gadis merasa tertekan,namun atas rasa tanggungjawab,si jejaka terpaksa berkeras sekadar untuk mencabar si gadis sebenarnya.dilihat si gadis seakan kehilangan arahnya kehilangan tujunya.si gadis harus di bawa ke pangkal sebelum dia tersasar jauh dari laluan sebenar.si gadis kini dilihat bagaikan berada di awangan bakal kehilangan diri jika tidak di pantau.

Sunday, March 14, 2010

Tangisan

Semalam...
aku dan si gadis di datangi oleh si jejaka...lalu si jejaka menegur si gadis yang kelihatan murung dan lesu.sepatah di tanya sepatah di jawab.si jejaka mulai berang kerana dapat mengesan sesuatu telah terjadi pada si gadis.si jejaka memarahi si gadis dan aku hanya jadi pemerhati dari sudut di sebelah sana.si gadis tunduk membisu tanpa sepatah kata.hanya merelakan segala cerca dari si jejaka.aku tidak mampu berkata apa di khuatiri nanti akan di katakan menyebelahi 1 pihak.jika di lihat dalam satu sudut yang berbeza,kelihatan si gadis adalah pesalah.maka,aku hanya membiarkan saja kata2 yang keluar dari mulut si jejaka bagaikan peluru tak bermata.kedua2 mereka aku cintai sepenuh hati,maka aku biarkan saja keduanya menyelami hati...

Saturday, March 13, 2010

Gadis

sakit...si gadis mengalami kesakitan hati yang amat parah.kekecewaan melanda bagai di hempas ombak yang ganas tak bertimbang rasa.si gadis hanya mampu menangis di dalam hati sembunyikan segala derita.aku tidak lagi dapat melihat senyum ikhlas si gadis seperti dulu lagi.semuanya telah hilang dalam sekelip mata.malam tadi tika tidur ku di temani si gadis aku cuba merangkul pinggang si gadis.tika itu aku merasakan gerak tubuh si gadis bagaikan tidak selesa.ku cuba memeluknya seerat mungkin,namun esak tangis yang ku dengar. takala ku cuba bertanya,si gadis hanya diam membisu.dan ku hanya membiarkan si gadis menangis semahunya di dalam dakapan ku pada malam itu...

Thursday, March 11, 2010

Episod Hidup

Aku seorang aku bukan orang lain dan juga boneka kawalan.aku menulis kisah dalam pemerhatian,kisah si gadis juga kisah si jejaka.mereka dalam pemerhatian ku tiap detik tiap saat kisah mereka cerita mereka dalam simpanan.tiada siapa yang tahu melainkan aku si pemerhati bebas!