Showing posts with label dosa. Show all posts
Showing posts with label dosa. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Syawal Suram

Disaat hari berbahagia ini dimana terpancar cahaya kegembiraan di wajah-wajah,ada juga yang berduka di sebalik senyuman yang pura-pura.





Untuk syawal tahun ini,si gadis aku lihat tidak seperti tahun sebelum-sebelumnya.biarpun lengkungan sabit itu tidak lekang di bibir,tapi matanya tidak mampu untuk berdusta di depan aku.tenung dalam ke matanya dan aku lihat ada kecewa di jauh sana.dia seperti menyimpan duka di dalam lipatan hatinya.ada yang masih tidak selesai fikir aku dan itu memang sudah pasti.hingga ke satu malam aku lihat dia menjauh sendiri dari keramaian.di satu sudut yang agak tersembunyi,dia sendiri merenung langit hitam kelam.aku cuba mendekat di sambutnya dengan senyuman palsu berhias.

"lihat sana ada bintang"

tunding si gadis pada sebutir yang paling jauh bersinar sana,aku menoleh sekilas.tangannya aku gapai dan genggam erat cuba salurkan kekuatan buatnya.sayang,aku tahu kau sedang gelisah apa yang kau cuba sembunyikan dari aku sebenarnya,masih ada yang tidak selesai lagi? ini hari kemenangan kita kau patut merasainya.mari dekat dan ceritakan semuanya pada aku apa yang telah mengganggu jiwa kamu sayang? kelihatan ia seperti agak berat untuk kau tangggung sendirian.

"aku tidak gembira,banyak yang kacau fikiran aku.nyatanya aku ini terlalu banyak berdosa hinggakan Tuhan sendiri sudah jemu untuk mengampunkannya...."

si gadis aku tarik kedalam dakapan kepalanya jatuh ke bahu aku.dan beberapa detik itu baju aku basah dengan airmata pilu si gadis.kedengaran agak berat luahan ikhlas dari hatinya itu.aku tahu si gadis sedang mencuba dan terus mencuba untuk mencari ketenangan jiwanya sendiri.aku di sisi akan tetap terus memegang kuat tangannya untuk terus sokong perjalanannya yang masih panjang.....




Friday, August 26, 2011

Dosa II

sujudlah pada yang esa mengadu rayulah padanya penuh kudus ikhlaskan hati menyerah hina kepadanya.nescaya kau akan di pelihara jauh dari dosa,tadah tangan bermunanjat membasah lidah memuji-muji namaNya...





Tuhan itu sayang padamu maka karena itu di beri ujian supaya kau terus ingat dan mengadu padaNya.selalu kita lupa Dia takala kita merasa senangnya di dunia pinjamannnya.sedang di saat hati berduka kita masih mahu merungut hiba mengata Dia lupa pada kita.teringat dulu pada kata-kata si gadis pada aku "aku ini insan berdosa,layakkah syurga buat aku?" di jawab aku padanya Tuhan itu maha adil lagi penyanyang.jika damba mu syurga,sujudlah padanya jika kau alpa nerakalah tempatnya.lalu berkata lagi si gadis " bagaimana pula mereka yang buat luka pada hati kita?" sayang,adakah begitu keras hatimu dalam menuturkan maaf buat sesama insan? itu cerita lalu masih kau simpan dalam lipatan? si gadis diam tidak bertanya lagi...


Tuesday, May 10, 2011

Harapan Kecewa

Kau mengharap memasang impian setinggi gunung.kau punya cita-cita kau punya angan mengharap akan jadi kenyataan satu masa nanti.dan bila takdir itu tidak mengkehendakkannya buat kau,terasa diri mati dalam nafas kekecewaan.




Pernah dulu si gadis berkongsi tentang cerita impiannya cerita tentang angannya.dan saat itu dapat aku lihat bertapa sinar matanya benar-benar memancar seri kegembiraan yang tak terucap.penuh dengan harapan yang menggunung tinggi penuh dengan keyakinan.tapi itu cerita dulu cerita dimana si gadis belum menderita sakit begini.sejak akhir-akhir ini si gadis kerap kali jatuh sakit,dan sakitnya akan berlanjutan dan mengambil masa untuk sembuh.setiap kali dia jatuh sakit,setiap kali juga dia akan menangis.menangis bukan kerana menaggung derita sakitnya tapi kerana memikirkan harapan dan cita-citanya akan mati dan terkubur buat selamanya.si gadis nyata benar kecewa dan sedih,badannya semakin susut kini selera makannya mati.dalam nada yang tenggelam itu aku dengar jelas kata-kata si gadis pada satu pagi "mengapa di saat aku hampir mencapai matlamat hidupku,Tuhan ambilnya semula dari aku?" tika itu dapat aku lihat ada bening airmata yang mengalir dari wajah polos itu.kata-kata itu begitu sayu sekali di pendengaran aku tika itu."mungkinkah Tuhan itu mahu hukum aku kerana dosa lalu ku?" aku tidak menjawab wajah itu aku renung sayu jemarinya aku genggem kejap cuba untuk salurkan kekuatan buatnya.sebelum berlalu,dahinya aku cium.sempat aku menangkap bunyi esak tangisnya tika daun pintu itu aku tutup.



Wednesday, September 22, 2010

Pusara

Dan bila rindu pun bertamu kenangan lalu menerjah kembali ke ingatan.hati bagai tertusuk sembilu biar beribu tahun pun berlalu,tetap tak akan pernah luput di ingatan.
.
.
.
Aidilfitri ketiga setelah beberapa tahun aidilfitri yang lalu si gadis tidak berkesempatan ke sini,lalu tahun ini si gadis tekad untuk bertamu di sini.sebaik kaki melangkah wajahnya sayu matanya tertancap pada satu-satu pusara putih bersih itu.si gadis duduk di hadapan pusara sambil tangannya menyentuh sayu kepala nisan berukir tulisan jawi indah.aku menyentuh lembut bahu si gadis cuba menyalurkan semangat semaksima mungkin.si gadis mendongak memandang sayu pada aku,kelihatan ada genang di mata redup itu.aku tahu si gadis terlalu rindu,kasih dan sayang pada arwah.kata-kata si gadis buatkan aku berasa sayu "mengapa dia yang harus pergi?" "mengapa dia tinggalkan aku sendiri?" "mengapa dia pergi dulu sebelum aku?"si gadis berkata sehingga kini dia masih tidak dapat memaafkan diri tentang peristiwa itu.si gadis begitu kesal dengan dirinya sehingga kini si gadis masih mempersalahkan dirinya...

Saturday, August 28, 2010

Dosa

Dosa itu satu hukuman dimana bayaran ikat jaminnya adalah taubat dan keampunan
.
.
.
Jauh telah terlalu jauh aku berjalan aku mencari sesuatu entah apa yang aku cari aku tidak pasti.aku ini terlalu banyak melakukan kesilapan sehinggakan tempias itu terpalit pada si gadis.aku ini insan hina aku ini insan berdosa aku inginkan keberkatan tuhan.hati tidak tenang aku resah memikirkan masa depan.sampai bila harus aku terus hidup dalam bulatan kekosongan ini.aku tidak kuat aku perlukan pimpinan untuk menunjuk arah yang perlu aku lalui.aku sedih sekali mengenangkan nasib diri entah sampai bila harus aku biarkan keadaan ini menjajah diri.Ya ALLAH,aku perlukan petunjukMu.....