Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Berjauh Hati

Luarannya nampak matang sudah terbiasa hidup pahit tak padan usianya.kata-katanya selalu tegas mahukan kemenangan,alasannya tidak mahu di pijak hina orang.dan senyumannya terlalu mahal hingga jarang sekali di pamerkan.




Si gadis aku lihat kelihatan lemah sekali dan beberapa kali juga aku mendengar keluhan kecilnya.wajahnya nampak tidak bersemangat tidak seperti selalunya.biarpun punya masalah tapi si gadis bijak mengawal imbang antara masalah peribadi dan kehidupan.tapi hari ini aku lihat si gadis lain sekali dari hari biasanya.malam itu ketika berbaring aku cuba untuk memancing kata.mulanya si gadis banyak diam dari bicara,dan seketika senyap,beberapa saat tika itu aku dengar esak halus dari si gadis."semua orang tidak pernah mahu memahami sebelum meletak hukum" si gadis benar-benar menangis kecewa teringat aku cerita kecewanya dengan darah daging sendiri tempoh hari lalu."aku juga mahukan yang terbaik,tapi kenapa ramai yang tidak mahu menerima takdir itu qada dan qadar yang di tetapkan?" seraya itu titis mutiara yang jatuh semakin deras.lalu aku eratkan pelukkan biar bertambah padat.dan malam itu si gadis lelap akhirnya bersama tangis yang masih tersisa di wajahnya dalam dakapan aku.

Tuesday, May 10, 2011

Harapan Kecewa

Kau mengharap memasang impian setinggi gunung.kau punya cita-cita kau punya angan mengharap akan jadi kenyataan satu masa nanti.dan bila takdir itu tidak mengkehendakkannya buat kau,terasa diri mati dalam nafas kekecewaan.




Pernah dulu si gadis berkongsi tentang cerita impiannya cerita tentang angannya.dan saat itu dapat aku lihat bertapa sinar matanya benar-benar memancar seri kegembiraan yang tak terucap.penuh dengan harapan yang menggunung tinggi penuh dengan keyakinan.tapi itu cerita dulu cerita dimana si gadis belum menderita sakit begini.sejak akhir-akhir ini si gadis kerap kali jatuh sakit,dan sakitnya akan berlanjutan dan mengambil masa untuk sembuh.setiap kali dia jatuh sakit,setiap kali juga dia akan menangis.menangis bukan kerana menaggung derita sakitnya tapi kerana memikirkan harapan dan cita-citanya akan mati dan terkubur buat selamanya.si gadis nyata benar kecewa dan sedih,badannya semakin susut kini selera makannya mati.dalam nada yang tenggelam itu aku dengar jelas kata-kata si gadis pada satu pagi "mengapa di saat aku hampir mencapai matlamat hidupku,Tuhan ambilnya semula dari aku?" tika itu dapat aku lihat ada bening airmata yang mengalir dari wajah polos itu.kata-kata itu begitu sayu sekali di pendengaran aku tika itu."mungkinkah Tuhan itu mahu hukum aku kerana dosa lalu ku?" aku tidak menjawab wajah itu aku renung sayu jemarinya aku genggem kejap cuba untuk salurkan kekuatan buatnya.sebelum berlalu,dahinya aku cium.sempat aku menangkap bunyi esak tangisnya tika daun pintu itu aku tutup.



Thursday, April 28, 2011

Suara Kecewa

Kuhulurkan tangan ini buat bantu kau kala jatuh.ku pinjamkan bahu ini buat kau menumpang rasa yang membeku.ku pinjamkan hati ini buat kau luah segala yang kau rasa untuk aku kongsi bersama.




Pengakuan si gadis pada malam itu benar-benar buat aku kaku.terdiam sejenak sedalamnya aku cuba untuk mentafsir apa yang tersirat di sebalik kejadian.nyatanya kesalahan itu berpihak pada si gadis.bala yang memang sengaja di carinya.entah kenapa si gadis sendiri buntu memikirkan tindakkan bodohnya tempoh hari. "aku terlanjur kata,bukan sengaja" kata si gadis serba salah dalam nada esak yang penuh dengan kecewa.hingga kini aku sendiri masih tidak dapat memahami si gadis sifat sebenar dirinya.ada kala dia terlalu beringat dan ada kalanya dia sendiri terlupa."aku sudah cuba hingga aku sendiri penat" ya,dia sudah mencuba hingga ke saat ini juga dia mencuba tidak pernah berhenti.tapi apa yang terjadi lewat waktu dulu tak mampu nak di hentikan.semakin lama semakin sukar buat si gadis.hingga menjadi igau dalam tidur malamnya.si gadis benar-benar terancam."tolong,selamatkan aku..." kata-kata terakhir itu penuh mengharap.

Thursday, April 14, 2011

Ingin Lari Lagi

Melayari sepi bersama malam dingin angin menjadi peneman.Yang duduk dijendela itu seorang gadis bermenung bermuram jadi kebiasaan.




Si gadis kerap bermenung sejak akhir-akhir ini tapi kali ini agak berbeza lakunya dari sebelum.Dia lebih banyak berbuat sibuk seakan tidak mahu peduli akan hal-hal sekeliling.pernah juga aku menegur dan katanya "aku sudah penat untuk berfikir lagi" nada suaranya berbunyi seakan kecewa dan ada keluahan kecil tika itu.sesekali wajahnya aku pandang sepi dan dia membalas dengan cebis senyum tawar di bibir.Dan katanya lagi "aku ingin lari beberapa waktu tak pasti bila aku akan pulang" ingin lari lagi tapi untuk berapa lama dia harus pilih jalan yang begini.lari tanpa memberi jawapan pasti.lari tanpa cari jalan penyelesaian yang pasti.entah mengapa dia lebih rela hidup dihantiu bayang-banyag setiap masa.Mungkin si gadis ada aku yang masih sayang padanya...mungkin?

Friday, November 12, 2010

Pertemuan Kembali

Usah di kenang barang yang lepas,pandang ke hadapan dan teruskan perjalanan.andai yang di tinggalkan sudah jauh ke belakang,jangan di toleh atau berpatah balik untuk memungutnya....
.
.
.
sejak akhir-akhir ini si gadis agak berlainan sekali sikapnya kelihatan agak keletihan wajahnya murung dan sesekali dia bermenung.satu hari aku duduk di sebelahnya dan cuba untuk menyelami hatinya.agak lama gadis berdiam diri pandangannya di lemparkan ke tasik buatan,ada genang di sudut matanya.aku menggenggam erat tangannnya cuba untuk salurkan kekuatan buat si gadis.dia menunduk dan dengan perlahan dia berkata "aku jumpa dia semalam" ada titisan air jernih mengalir di pipinya si gadis menangis.aku tidak membalas katanya cuba untuk beri dia peluang meluahkan segalanya dan dia pun berkata lagi "dia sudah buang aku terus dalam hidupnya,aku ini tak punya makna lagi buat dia" ada getar dalam suaranya si gadis agak kecewa tika itu.aku tidak memujuk sekadar berikan dia merasa tenang sahaja.jika di pujuk waktu itu aku yakin si gadis tidak mungkin terima sebarang kata-kata aku.mungkin selepas tenang nanti aku akan cuba untuk berbicara dengannya secara aman.....

Monday, November 1, 2010

Terlanjur


Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata habis binasa.masa tak mungkin boleh di putar semula kepada hari yang lalu.
.
.
.
Si gadis telah terlanjur sungguh ini sangat mengejutkan aku dan si jejaka.si jejaka begitu berang sekali dengan tindakkan bodoh si gadis.nyatanya si gadis kembali mengulang kesilapan lalu,langsung tidak ada pengajaran buatnya.si gadis nyata masih tidak mengenal erti serik.kata si gadis "aku terlepas kata,dia terlalu mendesak dan aku rasa terhimpit" si gadis kecewa lagi melukakan hati yang pernah terluka satu masa dulu.jika tidak ikhlas,mengapa di persetujui perjanjian.yang akan terluka bukan satu,tapi dua.kata si gadis dia sanggup di kecewakan sekali lagi dia sanggup merasa sakit untuk tempoh itu asalkan dapat membahagiakan hati beberapa pihak.keputusan yang di buat si gadis benar-benar mengecewakan si jejaka.si jejaka marah tanda sayang tak sanggup lagi dia melihat airmata si gadis.kata si gadis dia sendiri keliru mindanya fikirkan lain,tapi mulutnya berkata lain dia sudah terlanjur kata dengan membuat perjanjian itu.tapi itulah keputusan si gadis sekarang menyakiti hati sendiri untuk senyuman orang lain.