Showing posts with label tangis. Show all posts
Showing posts with label tangis. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Taruhan

Dalam tenang tersimpan kekalutan yang amat berat,dalam senyum tersimpan rasa yang menyakitkan.dalam diam tersorok kesalan yang tidak di maafkan.




sore itu si gadis menghantar satu pesanan ringkas di telefon bimbit aku.jarang sekali si gadis menggunakan khidmat pesanan ringkas ini melainkan ada sesuatu yang tersembunyi.si gadis mahu bertemu aku lewat malam nanti.ya,seperti biasanya hanya pada lewat malam saja.tafsiran aku sudah pasti ada sesuatu yang amat penting ingin di beritahunya pada aku.dan malam itu si gadis ke rumah aku dengan wajah yang murung.matanya bengkak merah masih bersisa basah air mata di pipi mulus miliknya.sebaik terlihat aku,si gadis lalu meluru memeluk erat aku yang kaku,beserta esak pilu.

"maafkan aku,aku tak mampu dan ini mungkin jalan terbaik jalan terakhir yang aku lihat paling halus untuk keluar dari kemelut ini"

dari kata-kata itu seperti ada kesakitan yang cuba ditahannya.aku renung lama ke dalam matanya.mengusap lembut pipinya dan sebuah kucupan aku hadiahkan di dahinya buat lena malam nanti.si gadis tersenyum pahit dalam rangkulan aku tika itu pandangan matanya penuh mengharap.aku bertanya untuk kepastiannya,adakah dia benar telah memutuskan untuk terus memilih jalan yang berduri ini? dan si gadis diam tidak menjawab,lalu aku bertanya lagi,adakah terdapat tunas-tunas cinta dalam hati yang sudah lama sepi itu? empangan airmatanya pecah sekali lagi.dan kali ini esaknya lebih kuat dari tadi.





Sunday, June 19, 2011

Berjauh Hati

Luarannya nampak matang sudah terbiasa hidup pahit tak padan usianya.kata-katanya selalu tegas mahukan kemenangan,alasannya tidak mahu di pijak hina orang.dan senyumannya terlalu mahal hingga jarang sekali di pamerkan.




Si gadis aku lihat kelihatan lemah sekali dan beberapa kali juga aku mendengar keluhan kecilnya.wajahnya nampak tidak bersemangat tidak seperti selalunya.biarpun punya masalah tapi si gadis bijak mengawal imbang antara masalah peribadi dan kehidupan.tapi hari ini aku lihat si gadis lain sekali dari hari biasanya.malam itu ketika berbaring aku cuba untuk memancing kata.mulanya si gadis banyak diam dari bicara,dan seketika senyap,beberapa saat tika itu aku dengar esak halus dari si gadis."semua orang tidak pernah mahu memahami sebelum meletak hukum" si gadis benar-benar menangis kecewa teringat aku cerita kecewanya dengan darah daging sendiri tempoh hari lalu."aku juga mahukan yang terbaik,tapi kenapa ramai yang tidak mahu menerima takdir itu qada dan qadar yang di tetapkan?" seraya itu titis mutiara yang jatuh semakin deras.lalu aku eratkan pelukkan biar bertambah padat.dan malam itu si gadis lelap akhirnya bersama tangis yang masih tersisa di wajahnya dalam dakapan aku.

Tuesday, May 10, 2011

Harapan Kecewa

Kau mengharap memasang impian setinggi gunung.kau punya cita-cita kau punya angan mengharap akan jadi kenyataan satu masa nanti.dan bila takdir itu tidak mengkehendakkannya buat kau,terasa diri mati dalam nafas kekecewaan.




Pernah dulu si gadis berkongsi tentang cerita impiannya cerita tentang angannya.dan saat itu dapat aku lihat bertapa sinar matanya benar-benar memancar seri kegembiraan yang tak terucap.penuh dengan harapan yang menggunung tinggi penuh dengan keyakinan.tapi itu cerita dulu cerita dimana si gadis belum menderita sakit begini.sejak akhir-akhir ini si gadis kerap kali jatuh sakit,dan sakitnya akan berlanjutan dan mengambil masa untuk sembuh.setiap kali dia jatuh sakit,setiap kali juga dia akan menangis.menangis bukan kerana menaggung derita sakitnya tapi kerana memikirkan harapan dan cita-citanya akan mati dan terkubur buat selamanya.si gadis nyata benar kecewa dan sedih,badannya semakin susut kini selera makannya mati.dalam nada yang tenggelam itu aku dengar jelas kata-kata si gadis pada satu pagi "mengapa di saat aku hampir mencapai matlamat hidupku,Tuhan ambilnya semula dari aku?" tika itu dapat aku lihat ada bening airmata yang mengalir dari wajah polos itu.kata-kata itu begitu sayu sekali di pendengaran aku tika itu."mungkinkah Tuhan itu mahu hukum aku kerana dosa lalu ku?" aku tidak menjawab wajah itu aku renung sayu jemarinya aku genggem kejap cuba untuk salurkan kekuatan buatnya.sebelum berlalu,dahinya aku cium.sempat aku menangkap bunyi esak tangisnya tika daun pintu itu aku tutup.



Thursday, April 21, 2011

Titian Harapan

Titian harapan yang dulunya kau bina untuk bantu dia ke seberang mulai reput.sekali dia melangkah,satu persatu ia mulai rapuh dan jatuh terhempas.





Malam itu aku bertekad untuk menyoal siasat si gadis apa hal yang membuat dia berubah laku begitu drastik.Dan seperti biasanya jawapan akan di dahului dengan gelengan bisu beserta mendung diwajah.Bahu si gadis aku sentuh lembut cuba untuk beri kekuatan padanya sebelum memberi jawapan pasti.Lama dia kaku bagitu pandangannya di lepaskan ke luar jendela sana.sesekali dia mengeluh berat seakan ada sesuatu yang menjadi beban.Wajah si gadis aku renung sedalamnya cuba untuk mencari jawapan kira ada.Dan dia tunduk beberapa saat selepas itu kedengaran esak halus dari si gadis.Tika itu tangan aku di genggamnya erat seperti sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.Aku tahu ada sesuatu yang di sembunyikan si gadis dari aku.Ada rahsia yang masih belum terungkai mungkin juga satu rahsia baru yang tidak pernah aku tahu.Dan malam itu aku biarkan si gadis hanyut dalam tangisannya yang tenggelam timbul bersama kesejukkan hujan lebat.

Wednesday, January 12, 2011

Hujan Airmata

Janji aku,walau apa pun yang berlaku aku akan tetap disini berada di belakang kamu akan tetap lindungi kamu kerana itu sayang aku untuk kamu...
.
.
.
Kelmarin si gadis agak murung lebih pendiam dari biasa wajahnya seperti tidak bermaya.segala kerja yang dilakukannya seperti terpaksa dan senyuman tidak ikhlasnya jelas kelihatan.dan pagi ini si gadis menangis meratap seperti patah hati.aku tahu tadi malam si gadis sudah mula menangis di bawah bantal sembunyi dan sorok perasaan dari aku.tapi aku tahu si gadis sudah tentu sedang dilanda masalah.aku cuba untuk bertanya,sebaliknya si gadis berkali-kali berkata dia menyesali dia kecewe dan dia terluka hampa.katanya dia ingin lari jauh dan menghilangkan dirinya dari umum.dia ingin sembunyi tidak mahu ditemui lagi.aku buntu tidak tahu bagaimana mahu membantu si gadis lagi.aku juga susah hati melihat si gadis dalam keadaan begini...