Showing posts with label agenda. Show all posts
Showing posts with label agenda. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Agenda

Diam-diam ubi berisi,jangan disangka air yang tenang tidak ada bahayanya.diam-diam dia bukan bermakna kalah tapi dia punya rencana lainnya.





Sejak akhir-akhir ini si gadis ku lihat terlalu sibuk dengan urusan kerjanya.hinggakan dia jangan sekali menghubungi aku seperti dulu.ada masa aku di ajak ketemu juga dia menolak dengan pelbagai alasan.hingga akhirnya hari ini aku tahu juga sebab dan alasan dia buat begitu.rupanya si gadis sengaja menghindar aku untuk meneruskan agenda barunya.sangkaan aku si gadis sudah penat dan mahu berhenti untuk watak ini,ternyata sebenarnya tidak.malahan kali ini lebih hebat lagi bawaannya.kata si gadis ini baru permulaan,seandainya membuahkan kejayaan dia akan meneruskan ke langkah yang seterusnya hingga bertemu ke titik akhirnya.


Wednesday, September 28, 2011

Percubaan Pertama

Biasa untuk percubaan pertama akan ada dua kemungkinan.samada berjaya atau mungkin juga temui kegagalan.dan untuk hari ini adalah permulaan pada sebuah kisah yang baru.





si gadis menghantar satu pesanan ringkas di bimbit ku awal subuh tadi.katanya dia akan memulakan rancangannya pada hari ini di mana dia akan menghilang secara tidak nyata atau pura-pura untuk beberapa tempoh.kiranya berhasil,si gadis akan meneruskannya untuk satu tempoh lagi.dan di sini banyak yang si gadis perlu teliti supaya agenda yang di aturnya nampak sempurna pada kaca mata yang melihat.nyata si gadis punya akal yang tak pernah terfikir oleh minda aku sendiri.si gadis bukanlah sebarangan orang dia juga merupakan seorang aktor yang sangat sempurna pada aku.dan aku tidak mampu untuk menghalangnya jika ini adalah jalan terbaik yang di pilihnya.....

Tuesday, July 26, 2011

Tajam Menikam



sendiri masih menyimpan dendam kesumat yang masih belum terlunas.hingga saat ini kau menderita kesakitan kerana dendam yang masih belum terbayar.


Lewat malam itu si jejaka pulang reaksi wajahnya tampak tenang walau ada sedikit kelat.aku hanya memerhati lakunya dari sudut lainnya.perlahan berjalan menuju ke jendela matanya terarah merenung sang bulan terang.pandangannya begitu sayu ada keluhan berat di lepaskannya.sedari aku masih di situ dia bersuara " kau masih sayang sama si gadis?" aku terpaku soalan jenis apakah ini begitu menikan di kalbu.aku diam tidak menjawab turut sama merenung sang bulan terang."aku harap jika aku tiada nanti kau jaga dia" ringkas dia berkata sejenak itu aku sedar matanya melirik kejap aku di sisi.ada senyum di hujung bibir entah apa maksudnya tidak dapat aku tafsirkan.apa yang pasti,si jejaka sudah ada rencana lainnya buat si gadis.sebelum berlalu ke kamar sempat dia berkata "aku juga masih sayang sama si gadis".

Friday, December 3, 2010

Sedetik Itu Sudah Cukup

senyumlah sayang senyum dengan semanisnya dan kau akan berasa tenang biarpun hanya sebentar,tinggalkan duka tinggalkan lara dan kau akan baik-baik saja.......
.
.
.
sengaja aku meminta si gadis untuk turut serta dalam apa saja program yang di anjurkan.aku tahu si gadis belum cukup bersedia untuk pergi.tapi aku rasa ini adalah jalan terbaik untuk melihat senyum dan tawa si gadis.jika dia di sini lebih banyak yang akan di kenangkannya bila semua memori yang terakam itu di mainkan semula.untuk beberapa minggu ini sebolehnya aku tidak mahu beri pelunag pada si gadis untuk duduk bermenung.biarkan masanya di penuhi dengan pelbagai acara agar dia dapat melupakan sebentar semua kesakitan itu bila berhadapan dengan tugasnya.aku tahu ini cara paling baik untuk buatnya lupa seketika kerana si gadis seorang yang fokus bila melakukan sesuatu.dan hanya pada waktu itu juga aku dapat melihat senyum dan tawanya secara ikhlas tanpa paksaan.harapnya si gadis akan lebih tenang selepas itu.....

Wednesday, October 20, 2010

Jangan Ada Benci

Jangan ada benci makin di benci akan adanya rindu.perasaan dan hati tidak boleh di paksa dan di desak kerana itu bisa menyakitkan jiwa-jiwa halus yang tersembunyi di sebalik aliran darah itu.
.
.
.
kata si gadis,"kebencian itu membuahkan dendam berterusan" ya,aku faham itu si gadis masih dalam amarahnya.peristiwa beberapa tahun lalu membuatkan dia tetap terus bertekad.jejak yang hilang harus di cari.mungkin bau nya sudah hilang di tiup angin tapi jasad itu pasti masih tetap di sini.dan kenyataan si gadis itu membuatkan aku takut kata-kata dari si gadis bukan sekadar kata-kata.tapi itu adalah "tekad" bermakna si gadis benar-benar bermaksud dan pasti tentang itu.dendam si gadis masih tidak pernah luput, walau satu episod itu pasti tidak terlepas.dalam matanya aku lihat jelas kemarahan dan kekecewaan masih berbekas.

si jejaka masih berdiam diri tidak mahu ambil peduli lagi tentang si gadis,mungkin hatinya mati.jika si jejaka tahu akan agenda si gadis seterusnya,sudah tentu si jejaka akan berang.dan itu juga paling aku takuti baran si jejaka yang tidak pernah surut kerana kedegilan si gadis.

Monday, October 18, 2010

Mencari Pulau

Masalah itu tidak akan pernah selesai jika kita terus melarikan diri dari berhadapan dengannya.usah hidup dalam bayang-bayang ancaman jika takut berhadapan dengan rintangan.
.
.
.
Semalam,si gadis begitu kuhsyuk sekali melayari internet.aku kira berjam-jam lamanya si gadis di hadapan komputer.entah apa yang di carinya aku sendiri tidak pasti.sesekali dia mencatat sesuatu di buku nota kecil berwarna biru miliknya.aku mendekati berdiri di belakang si gadis sambil mengusap lembut rambut ikal hitam milik si gadis.dia menoleh lalu menghadiahkan aku secebis senyuman nipis.kehairanan aku,nyatanya website yang di search oleh si gadis adalah website percutian di pulau-pulau.aku bertanya sama ada si gadis ingin bercuti,dan sangkaan aku benar si gadis sedang sibuk memilih lokasi percutiannya.atau lebih tepat lagi,si gadis ingin berkelana sendiri-sendiri di sebuah pulau.kali ini aku tidak pasti berapa lama si gadis akan pergi.wajarkah aku menegah atau membiarkannya saja?

Sunday, May 30, 2010

Pembunuh Kejam

Dalam hidup kadang kala kita terpaksa memilih sama ada dalam terpaksa atau rela hati.dan ada kalanya kita keliru dalam membuat pilihan demi untuk menjaga banyak hati.


.


si gadis mula membuat pertaruhan berani mati.entah aku sendiri tidak pasti apa yang bermain dalam fikirannya.si gadis terlalu berani bertaruh sebesar itu dalam hidup sendiri,sedangkan dia sendiri tahu akan akibat yang sedang menanti.serik? perkataan serik itu bagaikan tidak pernah wujud dalam hidup si gadis.berapa banyak pun si gadis tidak pernah hiraukan dan kadang kala si gadis sendiri keliru dengan identitiny sendiri.dan si jejaka masih lagi dalam amarah tentang peristiwa itu.aku pula hanya mampu jadi pemerhati dan terus memerhati dari sudut sebelah sana..

Sunday, May 9, 2010

Kesilapan Berulang Adalah Bodoh

Dalam diam tanpa pengetahuan aku dan si jejaka,si gadis mula merancang agenda lain.si gadis masih lagi dalam dunia ciptaannya sendiri.tidak menoleh kesilapan lalu sebagai pengajara,sebaliknya di jadikan permainan di masa kelapangan.melakukan kesilapan secara berulang aku anggapkan sebagai perbuatan paling bodoh! namun si gadis bagaikan lupa diri terlupa bahawa satu masa dulu dia pernah tersilap langkah.nyatanya si gadis masih lagi perlukan perhatian dari aku dan si jejaka.tapi bagaimana mahu mengawasinya setiap masa? kami sayangkan si gadis,tapi si gadis tidak pernah mahu memahaminya.