Tuesday, December 13, 2011

Di Tolak


Petang jumaat lalu,sebaik habis waktu bertugas,terus saja aku memandu pulang ke rumah.Pesanan ringkas yang aku terima dari si gadis membuatkan aku mahu segera bertemu dengan si gadis.Ya,sudah hampir 1 bulan aku tidak bertemu dengan si gadis sejak dia mula sibuk dengan urusan barunya.Sesekali jam ditangan aku pandang hari sudah hampir petang,pasti si gadis sudah pun tiba di rumah aku tika ini.Sebaik tiba,si gadis tiada hanya beg pakaiannya saja di tinggalkannya.Dan aku tahu ke mana dia akan pergi di waktu-waktu begini,pasti dia ke taman.

Dari jauh aku lihat dia duduk di salah satu pokok yang mengadap ke tasik buatan.di ribanya ada sketch book bersaiz A4 dan juga pensil.Aku menghampiri secara senyap tidak mahu dia sedar akan kehadiran aku tika ini.Si gadis begitu tekun melakar gambar pemandangan petang itu.Sesekali dia berhenti seketika dan mengambil beberapa keping gambar pemandangan petang menggunakan kamera digital kesayangannya.Aku cuba mengusiknya dengan melemparkan sekuntum bunga mawar merah yang aku beli sebelum tiba tadi.


"kau? bila sampai tak bagitahu aku pun."


Terpejam matanya menikmati haruman mawar merah tadi.Buku sketch di ribaannya aku ambil dan pencil aku capai dari tangannya.Cuba untuk menyambung lukisan si gadis yang terhenti seketika tadi.Si gadis di sebelah begitu asyik dengan mawar merah tadi,mula mengambil beberapa keping gambar mawar merah tadi dengan pelbagai posisi.Senang aku melihat dia gembira begitu.Kau begitu sukakan bunga itu,sayang? Wajah si gadis aku pandang kejap,senang hati melihat dia begitu.


"Sudah tentu.Kau sendiri pun tahu."


Dia menyandarkan kepalanya ke bahu aku mengalih pandangan ke lukisan yang cuba aku lakar.Aku tahu lama sudah si gadis tidak menyentuh peralatan melukisnya,dan aku masih lagi mengagumi hasil seni dari tangannya.masih kemas dan indah seperti dulu.lakaran bunga-bunga mekar di lukisnya dengan begitu teliti dan sempurna biar pun tanpa warna.Sesekali si gadis merenung aku dan kembali pula memandang lakaran aku.Kau rindu mahu melukis lagi sayang? aku bertanya cuba memancing bicara dulu.Dia membisu seketika dan mengeluh berat.


"Aku melukis kerana aku bosan menunggu kau pulang tadi"


Mendatar saja nadanya,aku tahu itu bukanlah satu jawapan yang sebenarnya jujur dari hati si gadis.Sketch book bersaiz A4 itu di ambilnya semula dari tangan aku,dan dia kembali menyambung semula lukisannya tadi.Dia cuba melakar sepohon pokok renek yang berada di tepi tasik buat itu.Kau cuti dua hari hujung minggu ini,kan sayang? Aku bertanya cuba mendapat kan kepastian walaupun sebelum ini sudah beberapa kali si gadis mengingatkan aku.Si gadis menjeling aku dan kembali memandang ke arah pokok renek yang di lakarnya.


" ya...sudah beberapa kali aku beritahu pada kau kan,dan mengapa kau tanya lagi?"


Si gadis menjawab bosan mungkin jemu kerana asyik di tanya soalan yang sama beberapa kali.Ah,aku juga mungkin akan rasa begitu jika asyik di tanya hal yang sama berulang-ulang kali.Yang benarnya ada sesuatu yang ingin aku beritahu pada si gadis,tetapi masih berkira-kira seandainya nanti jawapan yang akan terima tidak seperti yang aku harapkan.Aku juga cuti dua hari,kau suka membaca,kan? jadi esok aku akan bawa kau ke UYA Distro untuk melihat buku dan ahadnya kita akan ke shah alam untuk puisi satu petang.Si gadis berhenti melukis dan merenung aku dengan wajah tak berperasaan.


"Cuti aku tidak akan ke mana-mana dan aku sudah dapatkan Bin air tangan dari Ghost Writer dan Faizsyahmi.Tak cukup lagi,aku akan oder kontrol histeria nanti,dan aku masih punya baki lapan buah buku yang masih belum ku buka plastiknya.Kalau kau mahu,kau pergi saja seorang atau dengan si jejaka"


Panjang lebar jawapan yang di berikan dan aku tahu itu tanda dia tidak akan keluar ke mana-mana esok.Aku masih tidak mengerti mengapa perlunya dia bersusah membeli buku melalui online sedangkan aku bisa saja membawa dia terus ke sana.Si gadis mula menyimpan semua perkakas lukisannya ke dalam beg.Manis wajahnya awal tadi sudah memudar,aku tahu dia tidak senang dengan pelawaan aku tadi.Dan ini juga bukanlah kali pertama dia menolak untuk keluar di tengah keramaian.Dia bangkit dari duduknya,beberapa ketika dia memandang aku.Jangan risau sayang tiada sesiapa akan kenali kau di sana nanti.Kata aku cuba untuk memujuknya lagi.


"Maaf,aku memang yakin tiada sesiapa akan kenali aku.Tapi aku belum punya rasa mahu ke mana-mana untuk waktu ini.Aku penat dan mahu menghabiskan cuti dengan berehat saja."


Itulah kata-kata muktamad dari si gadis sebelum dia pulang meninggalkan aku sendiri.Selepas beberapa langkah,sempat dia memandang aku kembali dengan wajah yang sukar untuk aku tafsirkan sendiri.Si gadis keras hati sukar untuk memujuknya,perlu masa untuk dia sejuk sendiri.Tapi aku yakin satu masa nanti dia pasti tidak akan menolak lagi.....








Thursday, November 3, 2011

Perubahan

Berubah kepada yang lebih baik atau sebaliknya,semua terpulang pada diri kita yang memilihnya.sebarang akibat adalah tanggungan sendiri karena itu adalah keinginan kita sendiri.





Masuk minggu kedua selepas si gadis memutuskan untuk meneruskan agendanya,aku lihat dia banyak berubah.si gadis lebih banyak mendiamkan diri seringkali menjauhkan diri dari khalayak.boleh di bilang hanya beberapa kali saja dia bersuara,itu pun jika ada perkara yang penting untuk di bicarakan.dia kelihatan nampak tenang dari sebelumnya.apa yang aku tahu,si gadis sengaja mematikan telefon bimbitnya karena dia tidak mahu di ganggu.dan malam itu aku lihat si gadis asyik sekali dengan buku yang di bacanya.di sisinya ada bungkusan plastik berisi sketch book bersaiz A4,pemadam dan sebatang pensil.aku duduk di sisinya dan cuba memancing bicara.kamu mahu kembali melukis sayang?

si gadis tidak menjawab hanya menganggkat bahu tanda tidak pasti.aku cuba bertanya sekali lagi.kamu rindukan seni,mahu melukis kembali seperti waktu dulu? sejenak itu si gadis merenung aku lama...di tariknya nafas dalam-dalam dan kemudiannya di hembus keluar perlahan.bungkusan tadi di capainya dari tangan aku.dia merenung bungkusan di tangan,beberapa saat kemudia kembali memandang aku semula.senyum tawar di hadiahkan buat aku.


"aku tidak pasti kenapa aku membelinya,aku sekadar mengikut gerak hati"


isi dari bungkusan itu di keluarkannya di beleknya satu persatu barang yang di belinya tadi.sejenak itu dia mengeluh bagaikan melepaskan beban berat yang di tanggung.apa kau tidak rindu untuk melukis kembali,sama seperti waktu dulu,dimana kau sering meluah rasa di atas kertas kosong itu.soalan yang sama tapi kali ini aku cuba untuk menyemali isi hatinya saat ini.si gadis memandang aku bisu bibirnya mengukir senyum pahit,aku tahu dia masih punya keingin itu tetapi masih tetap mahu menafikannya.


"aku pernah ada rasa begitu,tetapi jiwa aku masih belum cukup kuat"


si gadis aku pandang sayu...kedengaran luahan hatinya begitu mengharap akan terbit jiwa itu.jemarinya aku raih ke dalam genggaman cuba untuk salurkan kekuatan sebanyak mungkin.dia mendekat lalu merebahkan kepalanya ke bahu aku.saat itu aku tahu si gadis masih memerlukan kekuatan dari aku masih perlukan keyakinan dari aku.sebolehnya aku cuba untuk kembalikan dirinya seperti yang dulu.....



Wednesday, October 26, 2011

Agenda

Diam-diam ubi berisi,jangan disangka air yang tenang tidak ada bahayanya.diam-diam dia bukan bermakna kalah tapi dia punya rencana lainnya.





Sejak akhir-akhir ini si gadis ku lihat terlalu sibuk dengan urusan kerjanya.hinggakan dia jangan sekali menghubungi aku seperti dulu.ada masa aku di ajak ketemu juga dia menolak dengan pelbagai alasan.hingga akhirnya hari ini aku tahu juga sebab dan alasan dia buat begitu.rupanya si gadis sengaja menghindar aku untuk meneruskan agenda barunya.sangkaan aku si gadis sudah penat dan mahu berhenti untuk watak ini,ternyata sebenarnya tidak.malahan kali ini lebih hebat lagi bawaannya.kata si gadis ini baru permulaan,seandainya membuahkan kejayaan dia akan meneruskan ke langkah yang seterusnya hingga bertemu ke titik akhirnya.


Wednesday, October 12, 2011

Hati Batu

Berkali-kali di tegah dia tak endah,di larang halang dia memberontak marah.degil berhati batu jiwa tiada rasa,mahu bicara dia pekakkan telinga.




Dan begitulah halnya si gadis sudah ku berikan amaran,tapi dia tetap tekad dengan keputusannya.dan bermula dari awal bulan itu dia sudah pun memulakan misinya.katanya kali ini dia akan lebih berhati-hati tidak akan terjadi lagi kegagalan seperti yang sudah-sudah dulu.dia sendiri akui kegagalan lalu merupakan kesilapan dia sendiri.pada malam itu si gadis duduk sendirian mendongak ke langit.lama aku perhatikan riak wajahnya tenang tetapi anak matanya bergenang.seakan ada yang mengganggu fikiran mungkin hati sedang berdegil dan dia memaksa.dan yang sakit dia sendiri menanggungnya.cepat-cepat dia mengesat airmata tika si jejaka datang mendekat.jemarinya di raih lembut lalu di bawa ke dada mata si jejaka terpejam beberapa saat.seperti sedang berkomunikasi dengan perasaan si gadis kala itu dan si gadis hanya memandang sayu.....


Wednesday, September 28, 2011

Percubaan Pertama

Biasa untuk percubaan pertama akan ada dua kemungkinan.samada berjaya atau mungkin juga temui kegagalan.dan untuk hari ini adalah permulaan pada sebuah kisah yang baru.





si gadis menghantar satu pesanan ringkas di bimbit ku awal subuh tadi.katanya dia akan memulakan rancangannya pada hari ini di mana dia akan menghilang secara tidak nyata atau pura-pura untuk beberapa tempoh.kiranya berhasil,si gadis akan meneruskannya untuk satu tempoh lagi.dan di sini banyak yang si gadis perlu teliti supaya agenda yang di aturnya nampak sempurna pada kaca mata yang melihat.nyata si gadis punya akal yang tak pernah terfikir oleh minda aku sendiri.si gadis bukanlah sebarangan orang dia juga merupakan seorang aktor yang sangat sempurna pada aku.dan aku tidak mampu untuk menghalangnya jika ini adalah jalan terbaik yang di pilihnya.....

Thursday, September 15, 2011

Syawal Suram

Disaat hari berbahagia ini dimana terpancar cahaya kegembiraan di wajah-wajah,ada juga yang berduka di sebalik senyuman yang pura-pura.





Untuk syawal tahun ini,si gadis aku lihat tidak seperti tahun sebelum-sebelumnya.biarpun lengkungan sabit itu tidak lekang di bibir,tapi matanya tidak mampu untuk berdusta di depan aku.tenung dalam ke matanya dan aku lihat ada kecewa di jauh sana.dia seperti menyimpan duka di dalam lipatan hatinya.ada yang masih tidak selesai fikir aku dan itu memang sudah pasti.hingga ke satu malam aku lihat dia menjauh sendiri dari keramaian.di satu sudut yang agak tersembunyi,dia sendiri merenung langit hitam kelam.aku cuba mendekat di sambutnya dengan senyuman palsu berhias.

"lihat sana ada bintang"

tunding si gadis pada sebutir yang paling jauh bersinar sana,aku menoleh sekilas.tangannya aku gapai dan genggam erat cuba salurkan kekuatan buatnya.sayang,aku tahu kau sedang gelisah apa yang kau cuba sembunyikan dari aku sebenarnya,masih ada yang tidak selesai lagi? ini hari kemenangan kita kau patut merasainya.mari dekat dan ceritakan semuanya pada aku apa yang telah mengganggu jiwa kamu sayang? kelihatan ia seperti agak berat untuk kau tangggung sendirian.

"aku tidak gembira,banyak yang kacau fikiran aku.nyatanya aku ini terlalu banyak berdosa hinggakan Tuhan sendiri sudah jemu untuk mengampunkannya...."

si gadis aku tarik kedalam dakapan kepalanya jatuh ke bahu aku.dan beberapa detik itu baju aku basah dengan airmata pilu si gadis.kedengaran agak berat luahan ikhlas dari hatinya itu.aku tahu si gadis sedang mencuba dan terus mencuba untuk mencari ketenangan jiwanya sendiri.aku di sisi akan tetap terus memegang kuat tangannya untuk terus sokong perjalanannya yang masih panjang.....




Friday, September 9, 2011

Kenapa Dia?



Kadang kala sesuatu yang tersirat itu punya makna yang lebih bernilai.meski pun ianya tidak terus tapi sudah cukup untuk merungkai makna di sebalik yang tersembunyi...baca,bayangkan dan cuba rasakan mungkin perasaannya berlainan sekali.kadang kala cerita emosi itu sendiri seakan cuba untuk menarik kita sama-sama merasainya.letakkan diri di tempat mereka,pasti kita akan mengerti mengapa terjadi begini.

sering tertuju buat aku persoalan mengapa dan sebab apa aku mencipta laman ini buat dia dan dia.mereka punya cerita dari sisi yang berbeda mereka memandang kehidupan ini dari sudut yang luar dari biasa.menilai dan merasai sesuatu yang jauh dari kebiasaan.biar pun sebaris kata yang terluah itu punya maksud kekecewaan,tapi masih punya kekuatannya yang tersendiri yang kita kadang kalanya tak perasankan.

siapa dia dan dia?
dia adalah seseorang yang selalu dalam pemerhatian aku seseorang yang aku lihat melalui pancaindera ku.mungkin seseorang yang aku kenali atau mungkin juga tidak.ini bukan imaginasi tapi satu cerita realiti dia-dia yang aku sayang yang aku kasihi.dia si gadis dan juga dia si jejaka biar pun berlainan watak tapi punya jalan yang sama.merasai perasaan yang sama tapi lain cara menghadapinya.

aku merungkai kisah antara mereka hanya dia dan dia tapi tidak pada jasad yang lain.ini satu perjanjian lisan yang mana aku akan tetap terus di sini sehingga nafas terakhir aku.satu yang aku mahu,mereka bebas pada kisah akhirnya memilih jalan hidup yang membahagiakan.aku harap begitu akhirnya.....








Wednesday, September 7, 2011

Wajah-Wajah

Menjadi kesilapan bila membuat penilaian terhadap seseorang hanya berdasarkan wajahnya.tidak pada karekter dan perilaku asalnya...




Si jejaka lazimnya di lihat seringkali berpenamplian menarik dan wajahnya agak serius.ini membuatkan wajah kacaknya kelihatan agak tegang dan tidak mesra.tetapi hakikat sebenarnya si jejaka punya hati yang lembut bila kena dengan caranya.si jejaka mudah di teka perasaannya berbanding dengan si gadis yang seringkali mengelirukan.si gadis sifatnya bijak menyembunyikan rasa di sebalik wajahnya.biar pun punya tanggunggan perasaan yang berat,si gadis tetap mampu untuk mengaburi mata orang.dan lembut-lembut si gadis itu sebenarnya punya hati yang agak keras.jangan cuba di pancing amarah dan egonya,kerana dia bisa berubah menjadi singa yang menakutkan.



Friday, August 26, 2011

Dosa II

sujudlah pada yang esa mengadu rayulah padanya penuh kudus ikhlaskan hati menyerah hina kepadanya.nescaya kau akan di pelihara jauh dari dosa,tadah tangan bermunanjat membasah lidah memuji-muji namaNya...





Tuhan itu sayang padamu maka karena itu di beri ujian supaya kau terus ingat dan mengadu padaNya.selalu kita lupa Dia takala kita merasa senangnya di dunia pinjamannnya.sedang di saat hati berduka kita masih mahu merungut hiba mengata Dia lupa pada kita.teringat dulu pada kata-kata si gadis pada aku "aku ini insan berdosa,layakkah syurga buat aku?" di jawab aku padanya Tuhan itu maha adil lagi penyanyang.jika damba mu syurga,sujudlah padanya jika kau alpa nerakalah tempatnya.lalu berkata lagi si gadis " bagaimana pula mereka yang buat luka pada hati kita?" sayang,adakah begitu keras hatimu dalam menuturkan maaf buat sesama insan? itu cerita lalu masih kau simpan dalam lipatan? si gadis diam tidak bertanya lagi...


Thursday, August 11, 2011

Taruhan

Dalam tenang tersimpan kekalutan yang amat berat,dalam senyum tersimpan rasa yang menyakitkan.dalam diam tersorok kesalan yang tidak di maafkan.




sore itu si gadis menghantar satu pesanan ringkas di telefon bimbit aku.jarang sekali si gadis menggunakan khidmat pesanan ringkas ini melainkan ada sesuatu yang tersembunyi.si gadis mahu bertemu aku lewat malam nanti.ya,seperti biasanya hanya pada lewat malam saja.tafsiran aku sudah pasti ada sesuatu yang amat penting ingin di beritahunya pada aku.dan malam itu si gadis ke rumah aku dengan wajah yang murung.matanya bengkak merah masih bersisa basah air mata di pipi mulus miliknya.sebaik terlihat aku,si gadis lalu meluru memeluk erat aku yang kaku,beserta esak pilu.

"maafkan aku,aku tak mampu dan ini mungkin jalan terbaik jalan terakhir yang aku lihat paling halus untuk keluar dari kemelut ini"

dari kata-kata itu seperti ada kesakitan yang cuba ditahannya.aku renung lama ke dalam matanya.mengusap lembut pipinya dan sebuah kucupan aku hadiahkan di dahinya buat lena malam nanti.si gadis tersenyum pahit dalam rangkulan aku tika itu pandangan matanya penuh mengharap.aku bertanya untuk kepastiannya,adakah dia benar telah memutuskan untuk terus memilih jalan yang berduri ini? dan si gadis diam tidak menjawab,lalu aku bertanya lagi,adakah terdapat tunas-tunas cinta dalam hati yang sudah lama sepi itu? empangan airmatanya pecah sekali lagi.dan kali ini esaknya lebih kuat dari tadi.





Friday, August 5, 2011

Cahaya Ramadhan

Salam ramadha kepada semua umat islam di seluruh dunia.moga,ramadhan kali ini kita mendapat lebih keberkatan dari ALLAH yang esa.bulan mulia,banyakkan beribadat dan di masa ini juga kita di uji dengan pelbagai cabaran.moga-moga kita semua mampu melaluinya dengan baik.hadapilah dengan senyuman,laluilah dengan ketabahan.....

di bulan ramadhan jugalah ALLAH banyak memberi ganjaran kepada hambanya.janganlah kita persiakan peluang yang ada,rebut selagi boleh.kerana ramadhan cuma datang setahun sekali,masa yang ada kita penuhi dengan amal.

Tuesday, July 26, 2011

Tajam Menikam



sendiri masih menyimpan dendam kesumat yang masih belum terlunas.hingga saat ini kau menderita kesakitan kerana dendam yang masih belum terbayar.


Lewat malam itu si jejaka pulang reaksi wajahnya tampak tenang walau ada sedikit kelat.aku hanya memerhati lakunya dari sudut lainnya.perlahan berjalan menuju ke jendela matanya terarah merenung sang bulan terang.pandangannya begitu sayu ada keluhan berat di lepaskannya.sedari aku masih di situ dia bersuara " kau masih sayang sama si gadis?" aku terpaku soalan jenis apakah ini begitu menikan di kalbu.aku diam tidak menjawab turut sama merenung sang bulan terang."aku harap jika aku tiada nanti kau jaga dia" ringkas dia berkata sejenak itu aku sedar matanya melirik kejap aku di sisi.ada senyum di hujung bibir entah apa maksudnya tidak dapat aku tafsirkan.apa yang pasti,si jejaka sudah ada rencana lainnya buat si gadis.sebelum berlalu ke kamar sempat dia berkata "aku juga masih sayang sama si gadis".

Wednesday, July 13, 2011

Jarang Sekali

Lari dari kebiasaan akan menimbulkan kejanggalan.....




Di bangkitkan dengan peristiwa panas negara dengan isu demokratik negara yang tidak pernah habisnya sejak dulu hingga kini.fitnah itu bagaikan satu cerita nyata yang menjatuhkan kebenaran.si gadis jarang sekali melontarkan kata tentang politikus negara apa lagi mahu duduk bersama membincangkannya.hingga bersih menjadi isu si gadis seakan baru tersedar dari lenanya yang panjang.

"politik.....aku masih berdendam dengan politik!"

kata si gadis sambil matanya tidak lepas dari pandangan kaca tv,ada senyum sinis di hujung bibir mekar itu.nyatanya si gadis masih tidak dapat melupakan dendam lamanya terhadap dunia hipokrasi itu.saat aku duduk di sebelahnya si gadis merapati dan menyandarkan kepalanya ke bahu aku.rambut hitam keperangan asli yang tidak pernah di cemari dengan kimia itu ku usap lembut.si gadis membiarkan dia senang begitu.

"aku tidak pernah percayai sesiapa dalam dunia politikus ini.hanya melainkan ada di antara mereka yang mampu menghidupkan kembali nyawa yang telah mati.datang dan hadap depan aku jika berani!"

tegas kata-kata itu nyata ini bukan sekadar omong kosong dari seseorang yang pernah di lukai satu tika dulu.si gadis masih marah dia masih berdendam itu peristiwa bertahun dulu yang tidak pernah di lupakan.si gadis biar pun nampak tenang,ada kalanya boleh berubah menjadi sang singa yang ganas.akan membaham bila-bila masa tanpa belas.



Thursday, June 23, 2011

Masih Sayang

Cuba lari dari kebiasaan kadang kala yang jarang sekali berlaku itu selalu di anggap sesuatu yang aneh lagi mustahil.andainya itu yang tertulis dalam buku skrip takdir,mana mungkin bisa di ubah olah.




Cuba luangkan masa untuk kedua mereka si gadis dan si jejaka.di kala lelah aku duduk sebentar membiarkan saja si gadis berjalan beriring sama si jejaka.sesekali dapat aku tangkap tawa lunak si gadis.lama benar dia tidak seceria begitu.sama juga dengan si jejaka yang selama ini sering di lihat berwajah serius.si jejaka setia melayani karenah si gadis yang keanak-anakan manja.sesekali dia melambai ke arah ku menggamit aku untuk sertai mereka.langit cerah tika itu gumpalan awan memutih bagaikan gula-gula kapas kelihatan begitu indah.seindah wajah si gadis yang di rindu...kala si gadis leka menikmati keasyikkan panorama indah,si jejaka datang menghampiri aku."aku senang lihat dia begitu" ringkas kata si jejaka jelas kelihatan ada senyum ikhlas di bibirnya.si gadis di pandangnya dengan penuh kasih aku tahu dia sayang pada si gadis."aku sanggup buat apa saja untuk dia dan aku harap kau juga begitu demi dia yang kita sama-sama sayang" panjang lebar dia menutur sebelum berlari-lari anak ke arah si gadis...


Sunday, June 19, 2011

Berjauh Hati

Luarannya nampak matang sudah terbiasa hidup pahit tak padan usianya.kata-katanya selalu tegas mahukan kemenangan,alasannya tidak mahu di pijak hina orang.dan senyumannya terlalu mahal hingga jarang sekali di pamerkan.




Si gadis aku lihat kelihatan lemah sekali dan beberapa kali juga aku mendengar keluhan kecilnya.wajahnya nampak tidak bersemangat tidak seperti selalunya.biarpun punya masalah tapi si gadis bijak mengawal imbang antara masalah peribadi dan kehidupan.tapi hari ini aku lihat si gadis lain sekali dari hari biasanya.malam itu ketika berbaring aku cuba untuk memancing kata.mulanya si gadis banyak diam dari bicara,dan seketika senyap,beberapa saat tika itu aku dengar esak halus dari si gadis."semua orang tidak pernah mahu memahami sebelum meletak hukum" si gadis benar-benar menangis kecewa teringat aku cerita kecewanya dengan darah daging sendiri tempoh hari lalu."aku juga mahukan yang terbaik,tapi kenapa ramai yang tidak mahu menerima takdir itu qada dan qadar yang di tetapkan?" seraya itu titis mutiara yang jatuh semakin deras.lalu aku eratkan pelukkan biar bertambah padat.dan malam itu si gadis lelap akhirnya bersama tangis yang masih tersisa di wajahnya dalam dakapan aku.

Friday, June 10, 2011

Seru

seru nama ku seru bila saja yang kau mahu aku akan selalu ada untuk mu.selalu ada di sisi mu seperti janji-janji ku yang dulu...




Satu senja aku lihat si gadis duduk sendirian di tepian pantai matanya terarah tepat melihat sang suria melabuhkan tirai senja nan merah.sesekali hempasan ombak menyentuh kakinya yang tidak beralas,di biarkan saja.masih tekun menikmati panorama senja yang indah.aku duduk di sebelah si gadis serentak itu dia menghela keluh."cantik warna-warna yang terbias itu kan?" ada senyum kecil di hujung bibir entah ikhlas entah tidak.aku diam hanya biarkan saja si gadis melayani perasaannya.jari telunjuknya melakar sesuatu di atas pasir kemudian ombak datang lagi,lalu melenyapkan lakarannya tadi.si gadis terhenti leka memerhati."kalau tak mahu di lambung ombak,jangan berani berumah di tepi pantai" wajah si gadis ku pandang ada ketenangan di situ.berkira-kira aku bertanya untuk kepastian di hatinya kini.kau sedang menyeru nama siapa sayang? dia tidak menjawab malah terus bangkit dari duduknya,sejenak dia berkata "aku menyeru nama bahagia" dan di saat itu dia pun melangkah meninggalkan aku di situ...


Sunday, May 29, 2011

Kepastian Ini

Sesungguhnya perjalanan hidup kita di dunia ini telah di aturkan.apa yang jadi pada hari ini,tidak mungkin akan sama dengan hari semalam.Juga hari esok yang bakal mendatang tidak pernah kita ketahui apa yang bakal kita tempuh esok nanti.




Kesal si gadis tidak berkesudahan,jauh di sudut hatinya masih mengharapkan impian itu menjadi miliknya.tapi kuasa ilahi siapa mampu menghalang.jika Dia tidak mengkehendakkannya untuk kita,mana mungkin kita boleh mendapatkannya.si gadis kembali murung dan sedih menangisi takdir hidup yang di rasakan tidak adil baginya."mengapa jalan hidup aku tidak pernah berkesudahan dengan yang indah-indah?" rendah nada kata-katanya dapat aku tangkap betapa si gadis begitu kecewa.wajah itu aku tatap seketika tidak beriak dan pandangnnya kosong.ada hela keluh kesah halus kedengaran berat sekali."kau tahu kenapa Tuhan takdirkan aku hidup begini?" aku diam sekilas raut polos itu aku pandang masih tetap begitu kosong dan tak berperasaan.nafas aku tarik sedalamnya cuba mencari kekuatan untuk mematahkan kembali kata-kata si gadis.sayang,kau tahu Tuhan itu sangat sayang padamu maka kau di uji dengan ujian berat begini,kerana Dia mahu kau selalu ingat dan kembali padanya untuk mengadu.kembali dan mengadulah padanya sayang...dia sentiasa sedia untuk mendengar.


Thursday, May 26, 2011

Bicara Mati

Sekilas ku pandang matanya dapat ku tangkap punya maksud yang berjuta.melahirkan pelbagai warna dan cerita,dia lah si gadis penuh misteri di sebalik jelingan mautnya yang punya sisi kisah yang berbeda.




Masih meneruskan langkah sisa hidupnya yang hampir saja di tinggalkannya.meneruskan rutin seperti biasa dan sesekali kedengaran hela keluhnya tanda lelah atau mungkin juga sebenarnya sedang mahu melepaskan perasaan yang di pendamnya.Semalam adalah sejarah,dan hari ini adalah permulaan barunya dan hari esok biar Esa yang menentukannya.Selepas yang berlaku,si gadis lebih banyak menyibukkan dirinya dari hal-hal yang berkaitan dengan hati.Tapi sesekali masa terluang itu aku dapat lihat si gadis curi-curi duduk di tepi tebing itu sambil merenung langit.seakan mengharapkan ada sesuatu yang jatuh untuknya sebagai hadiah atau mungkin juga sebagai imbuhan terhadap pengorbanan yang di lakukannya tempoh hari.Bukan senang nak cari kepuasan dalam hidup.makin di cari makin menjauh sesekali tangan terlepas dapat di raih pun masih bisa berkata belum cukup.ah,hati manusia itu mana pernah berasa puas dengan nikmat hidup.


Monday, May 23, 2011

Lepaskan

Melepaskan apa yang pernah menjadi milikmu.biarkan ia pergi menjauh terbang dan hilang di balik awan tebal yang memutih.




Semalam si gadis meletakkan satu keputusan di tengah-tengah garisan hidupnya.itu entah kali ke berapa dia mengubah hasrat hatinya dari impian kepada kenangan.semalam sebelum semalam si gadis begitu gembira dengan jalan hidup pilihannya.akhirnya di sudah temui pelangi hidupnya cita-cita dan harapan yang di kejarnya.tetapi selepas semalam semua hilang dalam sekelip mata hilang dan hanya menjadi kenangan yang tak akan mungkin akan terulang.selepas beberapa hari si gadis bertarung mempertahankan nyawa yang satu itu.merasa saat-saat maut itu berada di depan matanya.saat itu yang memenuhi fikirannya adalah mati.dan untuk hari ini dia terselamat dari maut kembali menyedut udara Tuhan kembali menikmati kembali sisa hidup yang di tinggalkannya.di mana setiap saat dia berkira-kira andainya malam itu adalah malam terakhir dia melihat dunia bagaimana? maka di saat dia di beri kesempatan untuk hidup kembali,dia terpaksa memilih salah satu di antara dua kehidupan.merelakan atau terus mengejar,dan dia memilih untuk melepaskan."mungkin itu bukan rezeki untuk aku" ringkas saja jawapan yang di beri saat pesanan ringkas itu di hantar kembali.


Thursday, May 19, 2011

Kristal Hati Yang Retak

patah tumbuh hilang berganti.tapi hati yang retak tak bisa sembuh seperti keadaan asalnya.luka dan sembuh meninggalkan parut yang akan diingat sampai bila-bila.




Nekad si gadis ingin lari lagi kali ini lebih jauh dari sebelumnya.dia mahukan ketenangan dia mahukan kedamaian.jiwanya sakit hatinya memberontak si gadis benar-benar kesal mahu mencari kembali harta yang hilang.kata si gadis pada suatu hari "aku cuba untuk perbaiki diri.harap kau bantu aku" si gadis terlalu berharap si gadis tidak mahu terus hidup dalam kekecewaan hidup kepuraan.hidupnya sangat tradis penuh dengan tangisan.dan dia sudah terlalu penat untuk menangis lagi.kedatangan si jejaka lawat lewat malam itu benar-benar memberi impak yang mendalam pada hati si gadis.si jejaka yang keras wataknya mampu memujuk si gadis untuk kembali.itu daripada apa yang aku lihat secara zahirnya tidak pula aku tahu rencana di sebaliknya.kata si gadis lagi "aku mahu berhijrah aku mahu berkelana" dapat aku tangkap maksud sebenar kiasan dari kata-kata itu.si gadis punya rencana lainnya.


Tuesday, May 10, 2011

Harapan Kecewa

Kau mengharap memasang impian setinggi gunung.kau punya cita-cita kau punya angan mengharap akan jadi kenyataan satu masa nanti.dan bila takdir itu tidak mengkehendakkannya buat kau,terasa diri mati dalam nafas kekecewaan.




Pernah dulu si gadis berkongsi tentang cerita impiannya cerita tentang angannya.dan saat itu dapat aku lihat bertapa sinar matanya benar-benar memancar seri kegembiraan yang tak terucap.penuh dengan harapan yang menggunung tinggi penuh dengan keyakinan.tapi itu cerita dulu cerita dimana si gadis belum menderita sakit begini.sejak akhir-akhir ini si gadis kerap kali jatuh sakit,dan sakitnya akan berlanjutan dan mengambil masa untuk sembuh.setiap kali dia jatuh sakit,setiap kali juga dia akan menangis.menangis bukan kerana menaggung derita sakitnya tapi kerana memikirkan harapan dan cita-citanya akan mati dan terkubur buat selamanya.si gadis nyata benar kecewa dan sedih,badannya semakin susut kini selera makannya mati.dalam nada yang tenggelam itu aku dengar jelas kata-kata si gadis pada satu pagi "mengapa di saat aku hampir mencapai matlamat hidupku,Tuhan ambilnya semula dari aku?" tika itu dapat aku lihat ada bening airmata yang mengalir dari wajah polos itu.kata-kata itu begitu sayu sekali di pendengaran aku tika itu."mungkinkah Tuhan itu mahu hukum aku kerana dosa lalu ku?" aku tidak menjawab wajah itu aku renung sayu jemarinya aku genggem kejap cuba untuk salurkan kekuatan buatnya.sebelum berlalu,dahinya aku cium.sempat aku menangkap bunyi esak tangisnya tika daun pintu itu aku tutup.



Friday, April 29, 2011

Memujuk

Kau pandang aku lalu aku genggam erat tangan mu.cuba salur seberapa banyak kekuatan buat mu.sayu mata mu ku renung sedalamnya cuba menyelami rasa hati yang kau pendam selama ini.kau tunduk diam seribu ada esak pedih dihujung sana.




Sayang...
mari berbicara dengan aku katakan semuanya pada aku.aku di sini setia menjadi pendengar mu jangan siksa hati sendiri dengan membisu begitu.pandang ke mata aku dan berbicaralah adukan semuanya pada ku apa saja yang kau rasa. menangislah jika kau rasa perlu teriaklah jika itu bisa membuat kau damai.sudah terlalu lama sayang kau simpan semua sudah terlalu lama kau pendam segala.kenapa di simpan semua rasa kenapa di sembunyi semua kesalan.kau terlalu kecewa kau terlalu terluka kau sakit sayang.kau sedih tapi kenapa masih ketawa,kau sakit kenapa mahu berlagak kuat.

pandang aku berbicaralah sambut tangan aku dan genggamlah aku hadir untuk kamu aku ada untuk kamu .ini janji aku pada kamu akan selalu ada untuk kamu mendampingi kamu menjaga rawat hati kamu.mendengar segala keluh kesah kamu.aku sayang sungguh aku sayang dan kerana itu aku di sini di depan mu untuk bantu kamu terus bangun.kenapa kau begitu lemah kenapa kau jatuh lagi sayang,bangunlah aku di sini menjadi tongkat buat kamu berdiri.mari sayang pegang tangan aku dan ikut aku berlari sama.kuatlah sayang kau kena kuat sayang hanya untuk sedetik ini aku janji lagi untuk pimpin kamu.hanya sedetik ini hingga nanti aku mati,dan kau tetaplah terus berlari.....




cacatan memujuk buat kekasih gelap di sebelah sana
aku masih ada bila masa saja kau perlu.

Thursday, April 28, 2011

Suara Kecewa

Kuhulurkan tangan ini buat bantu kau kala jatuh.ku pinjamkan bahu ini buat kau menumpang rasa yang membeku.ku pinjamkan hati ini buat kau luah segala yang kau rasa untuk aku kongsi bersama.




Pengakuan si gadis pada malam itu benar-benar buat aku kaku.terdiam sejenak sedalamnya aku cuba untuk mentafsir apa yang tersirat di sebalik kejadian.nyatanya kesalahan itu berpihak pada si gadis.bala yang memang sengaja di carinya.entah kenapa si gadis sendiri buntu memikirkan tindakkan bodohnya tempoh hari. "aku terlanjur kata,bukan sengaja" kata si gadis serba salah dalam nada esak yang penuh dengan kecewa.hingga kini aku sendiri masih tidak dapat memahami si gadis sifat sebenar dirinya.ada kala dia terlalu beringat dan ada kalanya dia sendiri terlupa."aku sudah cuba hingga aku sendiri penat" ya,dia sudah mencuba hingga ke saat ini juga dia mencuba tidak pernah berhenti.tapi apa yang terjadi lewat waktu dulu tak mampu nak di hentikan.semakin lama semakin sukar buat si gadis.hingga menjadi igau dalam tidur malamnya.si gadis benar-benar terancam."tolong,selamatkan aku..." kata-kata terakhir itu penuh mengharap.

Saturday, April 23, 2011

Mentari Sembunyi

semalam cerah tapi tidak pada hari ini.mentari sembunyi lagi hilang lagi awan mulai murung.Lalu hujan yang datang menemani hanya menambah rasa bila di herdik sang guruh yang sedang amarah.




Tadi si jejaka datang.Melihat kelibatnya saja sudah bisa menggetarkan hati yang sedang damai.Wajahnya tegang seperti selalu mata meliar mencari sesuatu.si gadis di renungnya tajam menikam.Aku tahu si jejaka masih marah pada si gadis hatinya panas setiap kali memandang wajah si gadis.si jejaka hatinya keras egonya tinggi tak tergapai.jadi aku hanya memerhati saja dan anggap saja tidak ada apa yang akan berlaku.si jejaka menghampiri si gadis lalu duduk mengadapnya.mereka mula berbicara perlahan tapi masih jelas di pendengaran aku tika itu.sesekali wajah si gadis aku pandang masih kaku tak berperasaan.apa yang pasti jelas aku dengarkan kata-kata si jejaka "aku masih sayang pada kau kerana itu aku marah" dan tika itu juga aku nampak ada titisan jernih mulai luruh dari mata si gadis yang tak berperasaan.

Thursday, April 21, 2011

Titian Harapan

Titian harapan yang dulunya kau bina untuk bantu dia ke seberang mulai reput.sekali dia melangkah,satu persatu ia mulai rapuh dan jatuh terhempas.





Malam itu aku bertekad untuk menyoal siasat si gadis apa hal yang membuat dia berubah laku begitu drastik.Dan seperti biasanya jawapan akan di dahului dengan gelengan bisu beserta mendung diwajah.Bahu si gadis aku sentuh lembut cuba untuk beri kekuatan padanya sebelum memberi jawapan pasti.Lama dia kaku bagitu pandangannya di lepaskan ke luar jendela sana.sesekali dia mengeluh berat seakan ada sesuatu yang menjadi beban.Wajah si gadis aku renung sedalamnya cuba untuk mencari jawapan kira ada.Dan dia tunduk beberapa saat selepas itu kedengaran esak halus dari si gadis.Tika itu tangan aku di genggamnya erat seperti sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.Aku tahu ada sesuatu yang di sembunyikan si gadis dari aku.Ada rahsia yang masih belum terungkai mungkin juga satu rahsia baru yang tidak pernah aku tahu.Dan malam itu aku biarkan si gadis hanyut dalam tangisannya yang tenggelam timbul bersama kesejukkan hujan lebat.

Thursday, April 14, 2011

Ingin Lari Lagi

Melayari sepi bersama malam dingin angin menjadi peneman.Yang duduk dijendela itu seorang gadis bermenung bermuram jadi kebiasaan.




Si gadis kerap bermenung sejak akhir-akhir ini tapi kali ini agak berbeza lakunya dari sebelum.Dia lebih banyak berbuat sibuk seakan tidak mahu peduli akan hal-hal sekeliling.pernah juga aku menegur dan katanya "aku sudah penat untuk berfikir lagi" nada suaranya berbunyi seakan kecewa dan ada keluahan kecil tika itu.sesekali wajahnya aku pandang sepi dan dia membalas dengan cebis senyum tawar di bibir.Dan katanya lagi "aku ingin lari beberapa waktu tak pasti bila aku akan pulang" ingin lari lagi tapi untuk berapa lama dia harus pilih jalan yang begini.lari tanpa memberi jawapan pasti.lari tanpa cari jalan penyelesaian yang pasti.entah mengapa dia lebih rela hidup dihantiu bayang-banyag setiap masa.Mungkin si gadis ada aku yang masih sayang padanya...mungkin?

Sunday, April 10, 2011

Damai Yang Hilang

Sepi itu sendiri mendamaikan tapi ada waktunya ia seakan membunuh hati yang sedang sakit.pedih itu kau tahankan lalu pada malam itu tangisan yang setia jadi peneman...




Lumrah alam langit tak selalunya cerah ada waktu ketikanya hujan pula datang menimpa.Begitulah kitaran hidup didunia ini berputar kejap di atas kadang di bawah.adakala suka dan ada masanya bertamu duka.Dan begitulah jugalah pada si gadis terkadang dia nampak suka dan ada masanya pula dia berduka.Si gadis aku perhatikan agak tidak bermaya kurang semangat dan kerap mengeluh.Bila dia duduk sendirian di tepi jendela itu nampak jelas diwajahnya riak-riak luka.terkadang juga ada titisan jernih yang hampir kering di pipinya.Si gadis lebih kerap mendiamkan diri dari bercakap.Berbeza sungguh dengan dirinya minggu lepas yang mana riak senyuman manis itu kelihatan begitu ikhlas sekali.Kerap bermenung dan menyendiri,bila di tanya hanya gelengan bisu di beri sebagai jawapan.Aku lebih rela jika dia mengadu dan menangis di depan aku seperti selalu daripada diam membatu begitu.

Sunday, March 27, 2011

Senafas Penghargaan

Ini buah tangan buat kamu yang berkorban segalanya yang sanggup membuang waktu dan bersengkang mata demi secebis penghargaan.





Tahniah sayang! ini yang kau tunggu ini yang kau harapkan selama bertahun kau menunggu.segala penat lelah,peluh,tangis dan kecewa terbayar dengan secebis penghargaan.aku yang memerhati dari kejauhan,hanya mampu tersenyum bangga dengan hasil usaha kamu selama ini.untuk hari ini kau begitu manis sekali dengan senyuman itu.selagi mampu,kejarlah cita-cita dan impian hidup kamu,sayang.

Thursday, March 24, 2011

Gadis Bulan Tiga

Sudah genab pertambahan usia,apakah hidup yang di lalui untuk tempoh beberapa tahun itu benar-benar membahagiakan? atau mungkin juga melukakan?




Semalam,bertanya aku pada si gadis apakah hadiah yang dimahukannya untuk ulang tahun kali ini.seketika si gadis tunduk dan diam untuk beberapa saat dan menghela keluhan kecil."aku tak minta banyak,cuma satu hadiah yang paling mahal yang tidak terdapat dimana-mana kedai.aku merenung ke dalam mata si gadis,lalu di balasnya dengan pandangan yang penuh mengharap.apa saja untuk kamu akan aku tunaikan jika itu yang boleh kembalikan senyuman ikhlas kamu."aku mahu bahagia,boleh kau dapatkannya untuk aku? terdiam aku melontarkan pandangan ke arah sang bulan terang.jika kau minta aku bulan dan bintang,aku masih lagi mampu mendapatkannya untuk kamu.tapi untuk secebis bahagia itu,aku tiada jaminannya dan aku takut sekiranya cagaran itu tidak mampu aku tebus semula.

Wednesday, March 16, 2011

Persinggahan

Datang dan pergi sebentar sama seperti angin lalu yang hanya menyapa.tidak nampak tapi masih boleh dirasa....




Terlalu lama laman usang ini di tinggalkan tak berjejak.kesibukkan dunia sering menjadi penghalang aku untuk berhubung di alam maya ini.tapi itu tidak bermakna cerita si gadis sudah bertemu noktah.lama aku menyepi maka banyak yang aku simpan sampai tak tahu bahagian mana yang harus aku dulu kan.si gadis kini sudah mula melalui liku-liku hidup yang lebih mencabar kini.Dia memilih untuk pertaruhan hati sendiri aku yang jadi penasihat tidak mampu berbuat apa-apa.hanya masih memerhati dari kejauhan meski pun aku sendiri tahu jika di biarkan terlalu lama,si gadis berkemungkinan akan sesat dengan jalan pilihannya...

Wednesday, January 12, 2011

Hujan Airmata

Janji aku,walau apa pun yang berlaku aku akan tetap disini berada di belakang kamu akan tetap lindungi kamu kerana itu sayang aku untuk kamu...
.
.
.
Kelmarin si gadis agak murung lebih pendiam dari biasa wajahnya seperti tidak bermaya.segala kerja yang dilakukannya seperti terpaksa dan senyuman tidak ikhlasnya jelas kelihatan.dan pagi ini si gadis menangis meratap seperti patah hati.aku tahu tadi malam si gadis sudah mula menangis di bawah bantal sembunyi dan sorok perasaan dari aku.tapi aku tahu si gadis sudah tentu sedang dilanda masalah.aku cuba untuk bertanya,sebaliknya si gadis berkali-kali berkata dia menyesali dia kecewe dan dia terluka hampa.katanya dia ingin lari jauh dan menghilangkan dirinya dari umum.dia ingin sembunyi tidak mahu ditemui lagi.aku buntu tidak tahu bagaimana mahu membantu si gadis lagi.aku juga susah hati melihat si gadis dalam keadaan begini...

Tuesday, January 11, 2011

Senyap

Diam-diam aku masih lagi memerhati dari kejauhan hidup seseorang yang aku sayang yang aku pertahankan...
.
.
.
Agak lama aku menyepikan diri dari dunia maya ini.sibuk dengan tugasan membuatkan segala perjalanan hidup maya aku bagaikan mati terhenti tanpa noktah pasti.terdetik di hati ingin saja aku hapuskan akaun ini.tapi si gadis yang tidak bersetuju jika aku berbuat begitu.katanya si gadis masih perlukan aku perlukan sokongan aku.tapi tanpa sedar si gadis sudah semakin jauh dengan aku terlalu jauh dengan aku.aku takut satu masa nanti si gadis sendiri hilang punca dengan dunia barunya itu.aku resah bila satu hari si gadis berkata "aku gembira dengan kehidupan baru ini" bukan aku tak suka soalnya hidup yang si gadis pilih hanya sementara dan langsung tidak menjanjikan apa-apa yang berkekalan.semakin lama,si gadis semakin jauh berubah dari dirinya yang dulu.aku sudah hampir tidak kenal dengan si gadis lagi apa mahunya aku sendiri tidak pasti.aku berharap sangat satu masa nanti si gadis akan kembali seperti si gadis yang dulu...

Thursday, January 6, 2011

Dua Kosong Satu Satu



.


.


.


.


.


Tahun baru menjengah lagi.


masih tetap sama seperti dulu


kisah aku,si gadis dan jejaka.....


.


.


.


.