Showing posts with label episod. Show all posts
Showing posts with label episod. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Kenapa Dia?



Kadang kala sesuatu yang tersirat itu punya makna yang lebih bernilai.meski pun ianya tidak terus tapi sudah cukup untuk merungkai makna di sebalik yang tersembunyi...baca,bayangkan dan cuba rasakan mungkin perasaannya berlainan sekali.kadang kala cerita emosi itu sendiri seakan cuba untuk menarik kita sama-sama merasainya.letakkan diri di tempat mereka,pasti kita akan mengerti mengapa terjadi begini.

sering tertuju buat aku persoalan mengapa dan sebab apa aku mencipta laman ini buat dia dan dia.mereka punya cerita dari sisi yang berbeda mereka memandang kehidupan ini dari sudut yang luar dari biasa.menilai dan merasai sesuatu yang jauh dari kebiasaan.biar pun sebaris kata yang terluah itu punya maksud kekecewaan,tapi masih punya kekuatannya yang tersendiri yang kita kadang kalanya tak perasankan.

siapa dia dan dia?
dia adalah seseorang yang selalu dalam pemerhatian aku seseorang yang aku lihat melalui pancaindera ku.mungkin seseorang yang aku kenali atau mungkin juga tidak.ini bukan imaginasi tapi satu cerita realiti dia-dia yang aku sayang yang aku kasihi.dia si gadis dan juga dia si jejaka biar pun berlainan watak tapi punya jalan yang sama.merasai perasaan yang sama tapi lain cara menghadapinya.

aku merungkai kisah antara mereka hanya dia dan dia tapi tidak pada jasad yang lain.ini satu perjanjian lisan yang mana aku akan tetap terus di sini sehingga nafas terakhir aku.satu yang aku mahu,mereka bebas pada kisah akhirnya memilih jalan hidup yang membahagiakan.aku harap begitu akhirnya.....








Monday, November 1, 2010

Terlanjur


Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata habis binasa.masa tak mungkin boleh di putar semula kepada hari yang lalu.
.
.
.
Si gadis telah terlanjur sungguh ini sangat mengejutkan aku dan si jejaka.si jejaka begitu berang sekali dengan tindakkan bodoh si gadis.nyatanya si gadis kembali mengulang kesilapan lalu,langsung tidak ada pengajaran buatnya.si gadis nyata masih tidak mengenal erti serik.kata si gadis "aku terlepas kata,dia terlalu mendesak dan aku rasa terhimpit" si gadis kecewa lagi melukakan hati yang pernah terluka satu masa dulu.jika tidak ikhlas,mengapa di persetujui perjanjian.yang akan terluka bukan satu,tapi dua.kata si gadis dia sanggup di kecewakan sekali lagi dia sanggup merasa sakit untuk tempoh itu asalkan dapat membahagiakan hati beberapa pihak.keputusan yang di buat si gadis benar-benar mengecewakan si jejaka.si jejaka marah tanda sayang tak sanggup lagi dia melihat airmata si gadis.kata si gadis dia sendiri keliru mindanya fikirkan lain,tapi mulutnya berkata lain dia sudah terlanjur kata dengan membuat perjanjian itu.tapi itulah keputusan si gadis sekarang menyakiti hati sendiri untuk senyuman orang lain.

Tuesday, October 26, 2010

Mencari Jejak Yang Hilang

Usah kau buru bayang yang hilang,hitam pekat menjelma di kala malam.kelak siangnya cerah maka bayang pun hilang.dan kau juga terkapai akhirnya.
.
.
.
Aku sangka beberapa tahun si gadis mendiamkan diri mungkin dia sudah melupakan.tapi sangka ku meleset sama sekali,tekad si gadis membara bagaikan api marak menyala.si gadis benar-benar dendam.aku buntu dan jalan penyelesaian adalah dengan mula bercakap dengan si jejaka.si jejaka harus di kejutkan semula dia harus sedar sebelum si gadis mula bertindak.rasa sakit dalam jiwa kembali memberontak entah mengapa si gadis kembali untuk menjejak.aku tahu marah si gadis itu tidak pernah surutnya.

Wednesday, October 20, 2010

Jangan Ada Benci

Jangan ada benci makin di benci akan adanya rindu.perasaan dan hati tidak boleh di paksa dan di desak kerana itu bisa menyakitkan jiwa-jiwa halus yang tersembunyi di sebalik aliran darah itu.
.
.
.
kata si gadis,"kebencian itu membuahkan dendam berterusan" ya,aku faham itu si gadis masih dalam amarahnya.peristiwa beberapa tahun lalu membuatkan dia tetap terus bertekad.jejak yang hilang harus di cari.mungkin bau nya sudah hilang di tiup angin tapi jasad itu pasti masih tetap di sini.dan kenyataan si gadis itu membuatkan aku takut kata-kata dari si gadis bukan sekadar kata-kata.tapi itu adalah "tekad" bermakna si gadis benar-benar bermaksud dan pasti tentang itu.dendam si gadis masih tidak pernah luput, walau satu episod itu pasti tidak terlepas.dalam matanya aku lihat jelas kemarahan dan kekecewaan masih berbekas.

si jejaka masih berdiam diri tidak mahu ambil peduli lagi tentang si gadis,mungkin hatinya mati.jika si jejaka tahu akan agenda si gadis seterusnya,sudah tentu si jejaka akan berang.dan itu juga paling aku takuti baran si jejaka yang tidak pernah surut kerana kedegilan si gadis.

Tuesday, October 12, 2010

Menjawab Persoalan

Walau siapa pun dia di mana kedudukkannya,dia tetap seorang insan yang menumpang hidup di bumi tuhan.yang memperhambakan diri dan mengikat janji untuk akan selalu menerima segala yang telah di takdirkan untuknya.
.
.
.
menjawab persoalan di penulisan yang lalu ada beberapa orang yang bertanya siapa si gadis? adakah cerita ini benar atau rekaan? maaf jika ada yang keliru atau ragu-ragu dengan aku.setiap bait kata yang aku tulisankan di sini adalah benar.ini bukan cerita rekaan atau imaginasi,tetapi ini adalah kebenaran.kisah benar tentang seorang gadis yang aku perhatikan bagaimana dia melalui hidupnya,jiwanya,hatinya juga perasaannya.ini adalah hakikat dan realiti hidup seorang gadis di mana dia di uji dengan perlbagai macam bentuk dugaan buatnya.sungguh pun adakalanya dia nampak seperti seorang yang lemah,sebenarnya dia juga punya hati yang kuat.jika tidak,masakan dia mampu untuk terus bertahan sehingga kini.

Sunday, September 26, 2010

Dia

Dia nampak tabah dari luaran tetapi jauh dari dasar hatinya dia agak rapuh.pendengar yang baik dan sentiasa mahu menjadi pendamping pada sesiapa yang memerlukan.sanggup berkorban demi melihat orang kesayangannya gembira dan bahagia.seorang yang cekal biarpun hatinya sering kali terluka.
.
.
.
Dia adalah si gadis seorang individu yang seringkali aku ceritakan di sini.seorang yang sederhana dan agak perahsia orangnya.identitinya sukar untuk di kenal pasti kerana jarang sekali dia berkongsi rasa hatinya dengan orang lain.di sebalik wajah lembutnya,adakalanya dia memperlihatkan sedikit rasa ego.keperluan bagi sifat manusia walau mungkin sejentik cuma.tidak sesekali menitiskan airmata di depan khalayak lebih gemar menyembunyikan rasa itu dengan senyuman.seorang yang merendah diri biarpun dia punya kelebihan tanpa di sedari.low profile dan tidak gemar menonjolkan diri dia tidak mahu menjadi perhatian khalayak.lebih gemar bersendiri dan adakalanya berani berkelana seorang diri di tempat2 peranginan untuk bercuti bersama buku-buku dan camera digital kesayangan.seorang yang sangat setia dan teramat menghargai orang-orang yang pernah menyentuh hidupnya.

Wednesday, September 22, 2010

Pusara

Dan bila rindu pun bertamu kenangan lalu menerjah kembali ke ingatan.hati bagai tertusuk sembilu biar beribu tahun pun berlalu,tetap tak akan pernah luput di ingatan.
.
.
.
Aidilfitri ketiga setelah beberapa tahun aidilfitri yang lalu si gadis tidak berkesempatan ke sini,lalu tahun ini si gadis tekad untuk bertamu di sini.sebaik kaki melangkah wajahnya sayu matanya tertancap pada satu-satu pusara putih bersih itu.si gadis duduk di hadapan pusara sambil tangannya menyentuh sayu kepala nisan berukir tulisan jawi indah.aku menyentuh lembut bahu si gadis cuba menyalurkan semangat semaksima mungkin.si gadis mendongak memandang sayu pada aku,kelihatan ada genang di mata redup itu.aku tahu si gadis terlalu rindu,kasih dan sayang pada arwah.kata-kata si gadis buatkan aku berasa sayu "mengapa dia yang harus pergi?" "mengapa dia tinggalkan aku sendiri?" "mengapa dia pergi dulu sebelum aku?"si gadis berkata sehingga kini dia masih tidak dapat memaafkan diri tentang peristiwa itu.si gadis begitu kesal dengan dirinya sehingga kini si gadis masih mempersalahkan dirinya...

Wednesday, August 25, 2010

Maaf Sayang

Maaf mudah dilafaz tapi,bisakah diterima dengan seikhlasnya? hanya hati lebih memahami...
.
.
.
Sudah masuk seminggu ramdhan si gadis masih sama menjalani kehidupan seharian tanpa perasaan.si jejaka semakin sibuk dengan urusan2 pentingnya sehinggakan tidak ada masa untuk memikirkan hal lainnya.aku hanya memerhatikan saja kedua mereka dan semakin lama aku merasakan aku dan mereka sudah semakin jauh.aku perlu keluarkan si gadis dalam kurungan itu mindanya perlu di cuci.si gadis masih memikirkan segala yang telah berlaku.itu kesilapannya mempersetujui tanpa kerelaan.sedangkan si gadis masih berpeluang untuk membuat pilihan.entah mengapa si gadis memilih untuk melukai hati sendiri demi untuk kegembiraan insan lain.pada dasarnya si gadis kelihatan gembira,tapi dalam matanya dapat ku lihat betapa sedihnya dia.apa yang perlu aku lakukan sekarang?

Sunday, July 11, 2010

Harapan

Lelah membina harapan memasang impian menyimpan angan,sayang sekali rangkanya rapuh sekali.bila di hembus angin lembut ia jatuh rebah ranap menyembah bumi.
.
.
.
.
.

Demi tidak menghampakan hati-hati yang telah mengharap,si gadis lebih rela menanggung derita biarpun dia tahu itu bukanlah jalan terbaik.saban hari si gadis di bayangi dengan skirp-skirp rekaannya.setiap skirp di beri tajuk penuh keindahan namun jalan cerita yang penuh berliku.klimaks penceritaan sudah nampak keindahan yang penuh dengan bunga2 harapan.namun setiap endingnya adalah kesakitan yang tak berkesudahan.setiap yang memandangnya dihadiahkan sebuah senyuman,namun di sebalik senyuman itu dia meyimpan berjuta tangisan penuh kesalan.

Tuesday, June 22, 2010

Air Dari Langit

titis harapan jatuh berderai lalu tempiasnya menampar lembut ke pipi mulus itu.pandangannya kosong dan sepi.
.
.
Pernah satu ketika si gadis duduk di satu sudut menyendiri dan menjauhi.merenung langit kosong tanpa palitan berwajah sugul seakan menanggung beban yang berat.juraian manik2 jernih mengalir lalu turun ke pipinya.seakan menyesali sejarah-sejarah lampau yang pernah tercatat pada skirp-skrip usang itu.kata-kata itu berputar-putar bagaikan cekera yang di mainkan.sesekali imbasan-imbasan lampau kembali menerjah kesal sekali.si gadis sedari kesilapan itu telah di ulangi tak tahu sebab apa.mahu berundur tetapi sudah terlalu jauh terlajak.langkahnya semakin longlai dan lesu betapa besarnya hukuman yang bakal di jalaninya nanti.

Thursday, March 11, 2010

Episod Hidup

Aku seorang aku bukan orang lain dan juga boneka kawalan.aku menulis kisah dalam pemerhatian,kisah si gadis juga kisah si jejaka.mereka dalam pemerhatian ku tiap detik tiap saat kisah mereka cerita mereka dalam simpanan.tiada siapa yang tahu melainkan aku si pemerhati bebas!