Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Dia

Dia nampak tabah dari luaran tetapi jauh dari dasar hatinya dia agak rapuh.pendengar yang baik dan sentiasa mahu menjadi pendamping pada sesiapa yang memerlukan.sanggup berkorban demi melihat orang kesayangannya gembira dan bahagia.seorang yang cekal biarpun hatinya sering kali terluka.
.
.
.
Dia adalah si gadis seorang individu yang seringkali aku ceritakan di sini.seorang yang sederhana dan agak perahsia orangnya.identitinya sukar untuk di kenal pasti kerana jarang sekali dia berkongsi rasa hatinya dengan orang lain.di sebalik wajah lembutnya,adakalanya dia memperlihatkan sedikit rasa ego.keperluan bagi sifat manusia walau mungkin sejentik cuma.tidak sesekali menitiskan airmata di depan khalayak lebih gemar menyembunyikan rasa itu dengan senyuman.seorang yang merendah diri biarpun dia punya kelebihan tanpa di sedari.low profile dan tidak gemar menonjolkan diri dia tidak mahu menjadi perhatian khalayak.lebih gemar bersendiri dan adakalanya berani berkelana seorang diri di tempat2 peranginan untuk bercuti bersama buku-buku dan camera digital kesayangan.seorang yang sangat setia dan teramat menghargai orang-orang yang pernah menyentuh hidupnya.

Wednesday, August 18, 2010

Dia

kematangan bukan di ukur melalui umurnya,tetapi di nilai melalui pengalaman hidupnya...
.
.
.
Dia,sudah beberapa kali jatuh tersungkur menyembah bumi,sudah beberapa kali pengalami kepatahan hati.namun dia tetap terus berdiri dan berlari memaksa hati menerima segala takdir yang telah tertulis untuknya.dia pernah di hina dan di keji pada satu masa lalu dan dia juga hampir mati merelakan diri di jadikan patung-patung boneka itu.namun detik hatinya masih kuat mempertahankan prinsip yang selama ini menjadi sumber kekuatan untuk terus berdiri.benteng hatinya terlalu keras,wajah nya kelat dialah si jejaka yang dulunya seorang yang lemah dan mudah berserah.kini menjadi seorang yang gagah! jangan cuba di cabar kesabarannya.