Sunday, July 11, 2010

Harapan

Lelah membina harapan memasang impian menyimpan angan,sayang sekali rangkanya rapuh sekali.bila di hembus angin lembut ia jatuh rebah ranap menyembah bumi.
.
.
.
.
.

Demi tidak menghampakan hati-hati yang telah mengharap,si gadis lebih rela menanggung derita biarpun dia tahu itu bukanlah jalan terbaik.saban hari si gadis di bayangi dengan skirp-skirp rekaannya.setiap skirp di beri tajuk penuh keindahan namun jalan cerita yang penuh berliku.klimaks penceritaan sudah nampak keindahan yang penuh dengan bunga2 harapan.namun setiap endingnya adalah kesakitan yang tak berkesudahan.setiap yang memandangnya dihadiahkan sebuah senyuman,namun di sebalik senyuman itu dia meyimpan berjuta tangisan penuh kesalan.

4 comments:

  1. senyum ketawa skang mmg susah nk diduga ;)

    ReplyDelete
  2. aku sendiri kagum. ya, bukan mudah untuk menguntum senyum pada ketika perit menjadi makanan hati. tapi, kamu boleh. tidak-tidak pun, kamu sudah hebat sebagai seorang pahlawan.

    seperti yang aku bising-bisingkan di laman yang lain, perit hidup ini ada kalanya perlu di biarkan menangis. biar basah hati2kita yang tentu saja ada jiwa halus yang cukup ,mudah tersentuh. Tapi bukan berhenti dengan itu saja. Biar tangisan itu berhenti seketika. Jadikan dia baja untuk kita bangun dan jadi yang lebih baik.

    ah itu semua bukan mudah.
    memang bukan.
    kalau mudah, jangan lah panggil hidup ini satu ujian. sebabnya, tiada ujian yang mudah bukan?

    maka kamu
    oh
    atau lebih jelas
    maka gadia itu, carilah tiang2untuk berpaut, agar dia tidak terus jatuh dan tersungkur menjadi penyemarak keruntuhan hati. cari Yang Maha Esa, dan sujud sesujud-sujudnya. Maha Esa sahaja yang lebih fasih bahasa dunia ini, berbanding yang lain.

    dan dari seorang kawan, aku doakan yang kamu itu kuat.
    kuat hari ini.
    kuat esok.
    kuat untuk melangkah ke syurgaNya juga nanti

    oh
    mungkin patut aku katakan
    gadis itu perlu kuat hari ini, esok dan kuat langkahnya ke syurgaNya nanti.

    Ameen.

    ReplyDelete