Tuesday, July 13, 2010

Sejarah Ulangan

Imbasan memori lalu kembali menerjah ke kotak ingatan.cerita tentang kelukaan,kekecewaan,kesakitan,harapan.semuanya berputar silih berganti bagaikan video tanpa suara.
.
.

.

.

.

Malam itu si gadis menangis lagi menangis dengan penuh kesalan dan kesakitan.bukan kerana memori-memori silam sebaliknya keputusan yang baru saja di persetujui olehnya.sungguh si gadis benar-benar rasa terhimpit demi untuk menjaga hati semua untuk kebahagiaan semua.dan berbalik kepada sejarah lalunya bagaikan kini di ulang semula tapi berbeza insan dan situasi.untuk kali ini si gadis berharap ini adalah yang terakhir kali dia rela biar pun terpaksa mengorbankan hati sendiri.saban hari dia berdoa dan berharap agar semuanya selesai tanpa melukakan sesiapa.dia rela mengalah andai itu adalah takdirNya.

1 comment:

  1. apa saja yang dah diputuskan, sudah pun jadi sejarah. dan biarlah sejarah itu jadi pengajaran dan batas fikir kita untuk hari ini dan untuk esok-esok.

    kamu mungkin tersungkur semalam, tapi kamu masih lagi boleh bangkit dan jadi yang lebih baik dari tempat kamu jatuh.

    biar pada Maha Esa tempat kita berpaut, supaya adap tak jadi biadap, hati tak jadi mati, jiwa tak jadi tawar, dan iman tak tertingal tiada berteman.

    redho dengan penuh hati.
    ya, sakit memang sakit.
    Tapi Maha Esa dah janjikan yang dugaan pada kita-kita takkan pernah lebih dari apa yang kita mampu.
    dan yang lagi satu
    Maha Esa itu juga Maha Adil bukan. Jadi, takkan kita pernah terlepas pandang dari keadilan-Nya bukan?

    ReplyDelete