Friday, November 12, 2010

Pertemuan Kembali

Usah di kenang barang yang lepas,pandang ke hadapan dan teruskan perjalanan.andai yang di tinggalkan sudah jauh ke belakang,jangan di toleh atau berpatah balik untuk memungutnya....
.
.
.
sejak akhir-akhir ini si gadis agak berlainan sekali sikapnya kelihatan agak keletihan wajahnya murung dan sesekali dia bermenung.satu hari aku duduk di sebelahnya dan cuba untuk menyelami hatinya.agak lama gadis berdiam diri pandangannya di lemparkan ke tasik buatan,ada genang di sudut matanya.aku menggenggam erat tangannnya cuba untuk salurkan kekuatan buat si gadis.dia menunduk dan dengan perlahan dia berkata "aku jumpa dia semalam" ada titisan air jernih mengalir di pipinya si gadis menangis.aku tidak membalas katanya cuba untuk beri dia peluang meluahkan segalanya dan dia pun berkata lagi "dia sudah buang aku terus dalam hidupnya,aku ini tak punya makna lagi buat dia" ada getar dalam suaranya si gadis agak kecewa tika itu.aku tidak memujuk sekadar berikan dia merasa tenang sahaja.jika di pujuk waktu itu aku yakin si gadis tidak mungkin terima sebarang kata-kata aku.mungkin selepas tenang nanti aku akan cuba untuk berbicara dengannya secara aman.....

5 comments:

  1. "dia sudah buang aku terus dalam hidupnya,aku ini tak punya makna lagi buat dia"

    pernah seketika dulu aku ungkapkan kata yg lebih kurang sama ...memahami rasa itu

    ReplyDelete
  2. uh sungguh perit when we feel UNWANTED..seperti juga E..aku sangat merasai..kamu harus terus berada disisi sigadis..walau kamu cuba merasa keperitan nye..tapi tetap tidak akan sama..

    ReplyDelete
  3. sampai pada si gadis sekurang2nya dia masih ada kau yg sentiasa ada dgn dia sdg ada manusia hadap segala duka sendirian..sampai kdg2 hmmm

    ReplyDelete
  4. biarkan dia tenang setenang tasik yang tiada buaya..ko perlu sentiasa mendampinginya,menjadi bahu untuk dia menyandarkan kepala..cukup setakat tuh.

    ReplyDelete