Dia nampak tabah dari luaran tetapi jauh dari dasar hatinya dia agak rapuh.pendengar yang baik dan sentiasa mahu menjadi pendamping pada sesiapa yang memerlukan.sanggup berkorban demi melihat orang kesayangannya gembira dan bahagia.seorang yang cekal biarpun hatinya sering kali terluka.
.
.
.
Dia adalah si gadis seorang individu yang seringkali aku ceritakan di sini.seorang yang sederhana dan agak perahsia orangnya.identitinya sukar untuk di kenal pasti kerana jarang sekali dia berkongsi rasa hatinya dengan orang lain.di sebalik wajah lembutnya,adakalanya dia memperlihatkan sedikit rasa ego.keperluan bagi sifat manusia walau mungkin sejentik cuma.tidak sesekali menitiskan airmata di depan khalayak lebih gemar menyembunyikan rasa itu dengan senyuman.seorang yang merendah diri biarpun dia punya kelebihan tanpa di sedari.low profile dan tidak gemar menonjolkan diri dia tidak mahu menjadi perhatian khalayak.lebih gemar bersendiri dan adakalanya berani berkelana seorang diri di tempat2 peranginan untuk bercuti bersama buku-buku dan camera digital kesayangan.seorang yang sangat setia dan teramat menghargai orang-orang yang pernah menyentuh hidupnya.