Thursday, October 28, 2010

Seru

Kesibukkan aku sejak beberapa hari ini buatkan aku terabaikan beberapa perkara penting dalam hidup.si gadis dan si jejaka entah apa jadinya tak aku pantau hilanglah puncanya.kesilapan lalu benar-benar menghantui hidup.aku tidak mahu lihat si gadis terus menerus hidup dalam dunia ciptaannya.aku tidak mahu si gadis terlalu ikutkan rasa hatinya kelak nanti yang binasa dia juga.secara perlahan aku menarik si gadis untuk keluar dari kepompong kenangan lalu.sedih si gadis aku yang tahu dan untuk itu aku tidak mahu lihat airmatanya lagi.cukup apa yang di tanggungnya selama beberapa tahun ini.si gadis aku lihat sudah semakin hilang dayanya dan lebih banyak berserah kepada takdir.adakah si gadis benar-benar mahu mengalah dengan hidupnya? semangat juangnya semakin pudar drama kehidupan di pandangnya kosong langsung tiada makna.si gadis bagaikan sudah mati hatinya...

Tuesday, October 26, 2010

Mencari Jejak Yang Hilang

Usah kau buru bayang yang hilang,hitam pekat menjelma di kala malam.kelak siangnya cerah maka bayang pun hilang.dan kau juga terkapai akhirnya.
.
.
.
Aku sangka beberapa tahun si gadis mendiamkan diri mungkin dia sudah melupakan.tapi sangka ku meleset sama sekali,tekad si gadis membara bagaikan api marak menyala.si gadis benar-benar dendam.aku buntu dan jalan penyelesaian adalah dengan mula bercakap dengan si jejaka.si jejaka harus di kejutkan semula dia harus sedar sebelum si gadis mula bertindak.rasa sakit dalam jiwa kembali memberontak entah mengapa si gadis kembali untuk menjejak.aku tahu marah si gadis itu tidak pernah surutnya.

Wednesday, October 20, 2010

Jangan Ada Benci

Jangan ada benci makin di benci akan adanya rindu.perasaan dan hati tidak boleh di paksa dan di desak kerana itu bisa menyakitkan jiwa-jiwa halus yang tersembunyi di sebalik aliran darah itu.
.
.
.
kata si gadis,"kebencian itu membuahkan dendam berterusan" ya,aku faham itu si gadis masih dalam amarahnya.peristiwa beberapa tahun lalu membuatkan dia tetap terus bertekad.jejak yang hilang harus di cari.mungkin bau nya sudah hilang di tiup angin tapi jasad itu pasti masih tetap di sini.dan kenyataan si gadis itu membuatkan aku takut kata-kata dari si gadis bukan sekadar kata-kata.tapi itu adalah "tekad" bermakna si gadis benar-benar bermaksud dan pasti tentang itu.dendam si gadis masih tidak pernah luput, walau satu episod itu pasti tidak terlepas.dalam matanya aku lihat jelas kemarahan dan kekecewaan masih berbekas.

si jejaka masih berdiam diri tidak mahu ambil peduli lagi tentang si gadis,mungkin hatinya mati.jika si jejaka tahu akan agenda si gadis seterusnya,sudah tentu si jejaka akan berang.dan itu juga paling aku takuti baran si jejaka yang tidak pernah surut kerana kedegilan si gadis.

Monday, October 18, 2010

Mencari Pulau

Masalah itu tidak akan pernah selesai jika kita terus melarikan diri dari berhadapan dengannya.usah hidup dalam bayang-bayang ancaman jika takut berhadapan dengan rintangan.
.
.
.
Semalam,si gadis begitu kuhsyuk sekali melayari internet.aku kira berjam-jam lamanya si gadis di hadapan komputer.entah apa yang di carinya aku sendiri tidak pasti.sesekali dia mencatat sesuatu di buku nota kecil berwarna biru miliknya.aku mendekati berdiri di belakang si gadis sambil mengusap lembut rambut ikal hitam milik si gadis.dia menoleh lalu menghadiahkan aku secebis senyuman nipis.kehairanan aku,nyatanya website yang di search oleh si gadis adalah website percutian di pulau-pulau.aku bertanya sama ada si gadis ingin bercuti,dan sangkaan aku benar si gadis sedang sibuk memilih lokasi percutiannya.atau lebih tepat lagi,si gadis ingin berkelana sendiri-sendiri di sebuah pulau.kali ini aku tidak pasti berapa lama si gadis akan pergi.wajarkah aku menegah atau membiarkannya saja?

Thursday, October 14, 2010

Ada Untuk Mu

Bila masa dan waktu kau punya masalah,ingatlah aku dan aku akan cuba untuk selalu berada di sisi kamu.ini janji aku!
.
.
.
katakanlah jika hati dan jiwa kamu ingin berbicara lafazkanlah pada aku.dan aku akan pinjamkan kamu telinga aku untuk mendengar setiap patah resah hatimu.menangislah jika kau rasa itu keperluan dan menjadi keselesaan buatmu dan aku akan pinjamkan kamu bahu ku untuk kau menumpang rasa.teriakkan saja segala yang menjadi bebanmu lepaskan dan campakkan ia jauh dari bulatan hidupmu.dan aku akan datang rapat memelukmu seeratnya hinggakan tiada peluang untuk udara melalui setiap ruang yang telah aku penuhkan.
.
dan ku hulurkan tangan untuk memimpin jalan mu supaya kau tidak jatuh keseorangan.akan aku berikan kau lilin untuk menerangi jalan berliku yang penuh dengan duri berbisa dari pijakkan kaki mu.lantas aku sediakan sepatu buat pelindung di setiap langkah-langkah kamu.aku rela seandainya aku di minta menjadi peneman tidur mu menjadi pendamping mu di kala siang hari.dan setelah itu yang menjadi janji aku buat kamu,apa lagi mahu kamu?
.
.
.
catatan memujuk buat panah beracun yang sedang
berkecil hati di ruangan di sebelah sana.

Tuesday, October 12, 2010

Menjawab Persoalan

Walau siapa pun dia di mana kedudukkannya,dia tetap seorang insan yang menumpang hidup di bumi tuhan.yang memperhambakan diri dan mengikat janji untuk akan selalu menerima segala yang telah di takdirkan untuknya.
.
.
.
menjawab persoalan di penulisan yang lalu ada beberapa orang yang bertanya siapa si gadis? adakah cerita ini benar atau rekaan? maaf jika ada yang keliru atau ragu-ragu dengan aku.setiap bait kata yang aku tulisankan di sini adalah benar.ini bukan cerita rekaan atau imaginasi,tetapi ini adalah kebenaran.kisah benar tentang seorang gadis yang aku perhatikan bagaimana dia melalui hidupnya,jiwanya,hatinya juga perasaannya.ini adalah hakikat dan realiti hidup seorang gadis di mana dia di uji dengan perlbagai macam bentuk dugaan buatnya.sungguh pun adakalanya dia nampak seperti seorang yang lemah,sebenarnya dia juga punya hati yang kuat.jika tidak,masakan dia mampu untuk terus bertahan sehingga kini.