Thursday, April 21, 2011

Titian Harapan

Titian harapan yang dulunya kau bina untuk bantu dia ke seberang mulai reput.sekali dia melangkah,satu persatu ia mulai rapuh dan jatuh terhempas.





Malam itu aku bertekad untuk menyoal siasat si gadis apa hal yang membuat dia berubah laku begitu drastik.Dan seperti biasanya jawapan akan di dahului dengan gelengan bisu beserta mendung diwajah.Bahu si gadis aku sentuh lembut cuba untuk beri kekuatan padanya sebelum memberi jawapan pasti.Lama dia kaku bagitu pandangannya di lepaskan ke luar jendela sana.sesekali dia mengeluh berat seakan ada sesuatu yang menjadi beban.Wajah si gadis aku renung sedalamnya cuba untuk mencari jawapan kira ada.Dan dia tunduk beberapa saat selepas itu kedengaran esak halus dari si gadis.Tika itu tangan aku di genggamnya erat seperti sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.Aku tahu ada sesuatu yang di sembunyikan si gadis dari aku.Ada rahsia yang masih belum terungkai mungkin juga satu rahsia baru yang tidak pernah aku tahu.Dan malam itu aku biarkan si gadis hanyut dalam tangisannya yang tenggelam timbul bersama kesejukkan hujan lebat.

1 comment: