Sunday, April 29, 2012

Pesona





Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan dia.Sepertinya wujud dalam dogeng cerita.



Si gadis sangat sederhana berkulit cerah tidak terlalu tinggi tidak pula terlalu rendah sedang-sedang saja.Tulang pipinya tinggi,tiap kali dia tersenyum pasti pipinya menonjol gebu.Kulitnya licin tanpa cela tidak di cemar kimia warna dan dihiaskan pula beberapa butir tahi lalat pemanis wajah.Warna anak matanya coklat gelap tulen,bukan hazel bukan juga coklat cair.Ia unik jika di sinar cahaya matahari,kelihatan seperti jernih dan bercahaya.Dan jika di paras normalnya,kelebihan itu tidak begitu terserlah namun jelingannya cukup membunuh jiwa.

Dia pemalu amat orangnya jika belum kenal,pasti di anggap sombong karena tidak pandai bercampur gaul dengan kebanyakkan.Dan jika dengan yang di kenal,hanya segelintir saja yang benar rapat dengannya.Riak wajahnya sering di lihat dingin ada kalanya tidak beriak bagai tiada rasa.Jarang sekali terdengar suara dan lebih banyak berdiam diri dan memerhati.Jika ada yang mencuit hati,dia hanya sekadar senyum menjaga hati.tapi diam si gadis bukan sembarangan,diam dia punya misi.

Dia hanya si gadis yang biasa-biasa tapi tetap punya pesona tersendiri.Di sebalik kelembutan hati,bukan tanda kelemahannya ,sebaliknya dia menyimpan satu kekuatan yang tidak terjangka.Hatinya ikhlas selalu di salah tafsirkan sedang dia mendekat pasti ada yang terpikat.Tapi hatinya keras tidak mudah di tawan melainkan hasrat suci seiring dengan niat.Dia si gadis pujaan sering menjadi kesayangan ramai,tapi sayangnya dia sering lari kala ada yang mahu menyampaikan hasrat.aku dan si jejaka pelindung bagi gadis ini,lepasi benteng kami kalau benar kamu berani.






Pisau Belati & Jejaka






Wednesday, April 18, 2012

Keliru

Dia datang cari aku selepas berminggu-minggu hilang khabar.....




Selepas selesai acara menyarung cincin pertunangan,si gadis langsung sepi tanpa khabar berita.Berminggu-minggu aku tunggu panggilannya,namun tetap sepi.Sehingga tadi,dia tiba-tiba muncul di depan pintu rumah aku dengan wajah yang murung.Aku langsung mempelawanya masuk,dan sementara aku bancuhkan minuman panas buat dia.Saat aku datang mendekat,si gadis terus memeluk aku erat bersama tangisan yang bagaikan sudah lama di pendam simpan.Aku membiarkan seketika,hingga dia benar-benat tenang.Cawan minuman aku sua padanya untuk biarkan si gadis merasa lega seketika.


"aku...sakit.aku sunyi..."


Airmatanya mengalir lagi saat si gadis mulakan bicara,tetapi masih boleh di kawal tidak seperti awal tadi.Dari raut wajahnya dapat aku teka yang si gadis sedang dalam derita menaham rasa yang terpendam.Jemarinya aku genggam memberi sepenuh kekuatan untuk dia meluahkan segala rasa yang tersimpan sekian lama.Aku membiarkan dia menangis sepuasnya hanya cara itu yang aku fikir terbaik untuk dia melepaskan segala beban yang ada.Sudah tentu ada banyak hal yang ingin si gadis luahkan pada aku.


"Aku orang yang berdosa,aku...pengkhianat!"


Dengan lafaz berat si gadis menyambung lagi,ternyata ada sesuatu yang lebih berat daripada apa yang aku jangkakan.Jika ia melibat kepercayaan,sudah tentu ada yang serius sedang berlaku.Si gadis kelihatan sangat sedih di tambah dengan perasaan bersalah.Ia bukan sesuatu yang luar biasa,tetapi aku kira ini hal yang sangat penting.Si gadis masih menunduk dengan tangisan tadi tiada kata seakan menanti bicara dari pihak aku pula.Wajah si gadis aku usap lembut keringkan airmata yang terus mengalir.Sayang,cuba cerita apa pengkhianatan yang telah kau lakukan? Soal aku tanpa mukadimah,terus saja kepada topik utama.


"Dia! Aku...telah mengkhianati dia!"


Esakkan tadi yang mula reda,kembali deras.Jawapan yang di beri seakan menyentak tangkai hati si gadis.Sakit,pedih semua bercampur menjadi satu.Tetapi,aku masih samar-samar dengan jawapan si gadis itu,biar pun dalam hati aku terdetik satu nama seseorang yang di maksudkan tadi.Siapa dia yang kau maksudkan sayang? Adakah dia tunang kamu?Aku tidak mahu terlalu banyak soal jawab,terus saja aku meneka dengan yakin yang dia di maksudkan oleh si gadis,adalah tunangnya.Dan tekaan aku tepat mengena bila si gadis mengangguk kepalanya dengan perlahan.


"Aku benar bersalah...aku rasa berdosa pada dia"


Si gadis benar-benar rasa bersalah.Tidak pernah aku lihat dia menzahirkan rasa bersalah secara nyata begini.Sudah pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya sehingga dia berperasaan begitu.Si gadis masih menunduk bagaikan menanti hukuman di jalankan ke atas kesalahannya.Tangisannya masih belum berhenti,nyata ini benar pengakuan jujur dari hati si gadis.Genggaman tangan aku perkukuhkan lagi untuk terus menerus memberi kekuatan pada si gadis.Sayang,ceritakan pada aku apa yang telah kau lakukan sehinggakan kau merasa bersalah begini.Aku menyoalnya terus mahu dia membuat pengakuan tanpa selindung.


"Aku telah berbuat curang dengannya.Aku masih lagi keluar menemui bekas kekasih.
masih lagi menyintai bekas kekasih."


Aku tidak terkejut dengan pengakuan si gadis itu.Memang telah aku jangka si gadis tidak mampu melupakan bekas kekasihnya.Hatinya tidak mampu menyembunyikan rasa yang masih tersisa.Tetapi sekurang-kurangnya aku tahu yang si gadis masih lagi sedar akan statusnya kini.Paling tidak,dia masih lagi belum terlambat untuk berpatah balik,dan itu yang paling penting.Aku mengangkat wajah si gadis untuk bertatapan dengan aku,mahu lihat terus ke dalam matanya.Sejujur mana pengakuan seterusnya.Pandang aku,beritahu pada aku adakah kau menyayangi tunangan mu itu?


"Entah...aku tidak tahu.Aku betul keliru."


Dalam matanya aku nampak sesuatu tetapi hatinya masih keliru.Dan aku tahu satu masa nanti rasa itu akan tumbuh subur dalam hatinya,cuma masanya belum tiba.Jika tidak,masakan si gadis harus ambil peduli tentang perasaan tunangannya sekalipun dia tidak menyayanginya.Sedangkan tunangannya tidak tahu akan hal yang sedang berlaku di belakangnya.Sayang,dengar sini apa aku mahu katakan.Status kau kini bukan seperti dulu yang mana kau bebas sepenuhnya.Kau milik orang biarpun bukan sepenuhnya,tapi adalah kurang manis jika kau masih lagi mahu meneruskan hubungan yang terang-terang tidak pasti kemana arahnya.Adalah lebih baik jika kau berhenti dari terus mengharap dan tumpukan pada hakikat.


"Tapi aku takut aku tak mampu...aku tak kuat untuk lalui hari-hari yang tak pernah sekali pun aku impikan sebelumnya.Dan aku tak tahu harus berbuat apa kecuali keliru dengan hidup yang sedang aku lalui setiap hari."


Aku tahu si gadis masih dalam dilema antara rasa hatinya dengan aturan yang telah di tetapkan.Tetapi aku yakin,satu masa nanti pintu hatinya pasti akan terbuka buat pada yang berhak.Dan aku akan masih tetap setia berada di sisinya selagi masih punya nyawa.Sungguh aku sayang padanya dan tidak mahu lihat hidupnya hancur.....