Sunday, September 26, 2010

Dia

Dia nampak tabah dari luaran tetapi jauh dari dasar hatinya dia agak rapuh.pendengar yang baik dan sentiasa mahu menjadi pendamping pada sesiapa yang memerlukan.sanggup berkorban demi melihat orang kesayangannya gembira dan bahagia.seorang yang cekal biarpun hatinya sering kali terluka.
.
.
.
Dia adalah si gadis seorang individu yang seringkali aku ceritakan di sini.seorang yang sederhana dan agak perahsia orangnya.identitinya sukar untuk di kenal pasti kerana jarang sekali dia berkongsi rasa hatinya dengan orang lain.di sebalik wajah lembutnya,adakalanya dia memperlihatkan sedikit rasa ego.keperluan bagi sifat manusia walau mungkin sejentik cuma.tidak sesekali menitiskan airmata di depan khalayak lebih gemar menyembunyikan rasa itu dengan senyuman.seorang yang merendah diri biarpun dia punya kelebihan tanpa di sedari.low profile dan tidak gemar menonjolkan diri dia tidak mahu menjadi perhatian khalayak.lebih gemar bersendiri dan adakalanya berani berkelana seorang diri di tempat2 peranginan untuk bercuti bersama buku-buku dan camera digital kesayangan.seorang yang sangat setia dan teramat menghargai orang-orang yang pernah menyentuh hidupnya.

10 comments:

  1. siapa si gadis ni?

    dr dulu saya tertanya2...

    ReplyDelete
  2. aku juga kenal seorg gadis. mungkin lgcteruk dr kisah si gadis ini mngkin . dan dia buat aku sering menangis krn hidupnya

    ReplyDelete
  3. ni cerita dari kisah novel ke?
    rajin btui berimaginasi...

    aku bukanlah gadis itu...
    hahaha...

    ReplyDelete
  4. mcm analisa psikologi je..macam ramalan karekter melalui bintg2 pun ada.hehek

    ReplyDelete
  5. PB,
    perit dan sakit pun dunia ini, warnanya tetap sama.
    ada warna-warni.
    dan bukan semata kusam kelabu dan hitam merah.
    cumanya,
    pandang kita yang kadangnya jadi kalut dan terperok dengan kelongsong fikir yang dari dulu diajar dengan jerit pekik kasar.

    andai itu aku,
    mungkin aku sendiri mencari sendirian di kekosongan dunia, dan bersimpuh pohon hilang dari pandang;
    atau menjadi yang lain dalam persalinan lain, dan menterjemahkan aku di dimensi baru untuk seketika.

    dan pesan aku; tolong sampaikan.
    "'Dia', aku tau perit kamu panjang. dan kamu pasti yakin yang kamu tidak betah untuk bahagia. Sebenarnya bukan. Bahagia itu tetap ada. dan damai jiwa juga ada. cuma, mungkin bukan hari ini esok. insya'Allah, lusa mereka sampai. Andai tidak pun, sampai di-'sana' kan lagi panjang?"


    Lumut dan seroJa
    pada aku, kita takkan pernah mampu pandang seseorang dan menjadi pemerhatinya lebih lama dari menjadi diri sendiri.
    get me?
    or, it just my perspective.

    ReplyDelete
  6. jika aku seorang lelaki pasti ciri2 seperti ini yg aku cari pada seorang gadis yg ingin aku miliki~

    ReplyDelete