Thursday, October 14, 2010

Ada Untuk Mu

Bila masa dan waktu kau punya masalah,ingatlah aku dan aku akan cuba untuk selalu berada di sisi kamu.ini janji aku!
.
.
.
katakanlah jika hati dan jiwa kamu ingin berbicara lafazkanlah pada aku.dan aku akan pinjamkan kamu telinga aku untuk mendengar setiap patah resah hatimu.menangislah jika kau rasa itu keperluan dan menjadi keselesaan buatmu dan aku akan pinjamkan kamu bahu ku untuk kau menumpang rasa.teriakkan saja segala yang menjadi bebanmu lepaskan dan campakkan ia jauh dari bulatan hidupmu.dan aku akan datang rapat memelukmu seeratnya hinggakan tiada peluang untuk udara melalui setiap ruang yang telah aku penuhkan.
.
dan ku hulurkan tangan untuk memimpin jalan mu supaya kau tidak jatuh keseorangan.akan aku berikan kau lilin untuk menerangi jalan berliku yang penuh dengan duri berbisa dari pijakkan kaki mu.lantas aku sediakan sepatu buat pelindung di setiap langkah-langkah kamu.aku rela seandainya aku di minta menjadi peneman tidur mu menjadi pendamping mu di kala siang hari.dan setelah itu yang menjadi janji aku buat kamu,apa lagi mahu kamu?
.
.
.
catatan memujuk buat panah beracun yang sedang
berkecil hati di ruangan di sebelah sana.

6 comments:

  1. hahah,org zaman skarang..men pujuk secara maya xcukup feel la...wi3

    ReplyDelete
  2. aku nak kaki bukan nak minta penyepak,tapi nak blogwalking.huhu..sabar k

    ReplyDelete
  3. janji jangan tinggal janji ...
    (tapi yang berkecil hati d ruang sebelah sana itu bukan akue ...hahhaa)

    ReplyDelete
  4. ini sangat ikhlas..mungkin esok esok..aku juga mahu meminjam bahu kamu

    ReplyDelete