Thursday, October 28, 2010

Seru

Kesibukkan aku sejak beberapa hari ini buatkan aku terabaikan beberapa perkara penting dalam hidup.si gadis dan si jejaka entah apa jadinya tak aku pantau hilanglah puncanya.kesilapan lalu benar-benar menghantui hidup.aku tidak mahu lihat si gadis terus menerus hidup dalam dunia ciptaannya.aku tidak mahu si gadis terlalu ikutkan rasa hatinya kelak nanti yang binasa dia juga.secara perlahan aku menarik si gadis untuk keluar dari kepompong kenangan lalu.sedih si gadis aku yang tahu dan untuk itu aku tidak mahu lihat airmatanya lagi.cukup apa yang di tanggungnya selama beberapa tahun ini.si gadis aku lihat sudah semakin hilang dayanya dan lebih banyak berserah kepada takdir.adakah si gadis benar-benar mahu mengalah dengan hidupnya? semangat juangnya semakin pudar drama kehidupan di pandangnya kosong langsung tiada makna.si gadis bagaikan sudah mati hatinya...

4 comments:

  1. semangat juang aku pon makin pudar.banyak sungguh cobaan taun nih.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    saya pun sama..
    kadang rasa lelah untuk berjuang..
    kadang rasa hidup mesti di terus kan...

    sedang terkapai2 mencari sinar kekuatan

    ReplyDelete
  3. aku ada hantar email pada kau.
    mohon dijawab.

    terima kasih =)

    ReplyDelete
  4. aku lah si gadis dalam cerita ini ...

    bolehkan aku pinjam watak gadis itu ..

    ReplyDelete