Friday, April 29, 2011

Memujuk

Kau pandang aku lalu aku genggam erat tangan mu.cuba salur seberapa banyak kekuatan buat mu.sayu mata mu ku renung sedalamnya cuba menyelami rasa hati yang kau pendam selama ini.kau tunduk diam seribu ada esak pedih dihujung sana.




Sayang...
mari berbicara dengan aku katakan semuanya pada aku.aku di sini setia menjadi pendengar mu jangan siksa hati sendiri dengan membisu begitu.pandang ke mata aku dan berbicaralah adukan semuanya pada ku apa saja yang kau rasa. menangislah jika kau rasa perlu teriaklah jika itu bisa membuat kau damai.sudah terlalu lama sayang kau simpan semua sudah terlalu lama kau pendam segala.kenapa di simpan semua rasa kenapa di sembunyi semua kesalan.kau terlalu kecewa kau terlalu terluka kau sakit sayang.kau sedih tapi kenapa masih ketawa,kau sakit kenapa mahu berlagak kuat.

pandang aku berbicaralah sambut tangan aku dan genggamlah aku hadir untuk kamu aku ada untuk kamu .ini janji aku pada kamu akan selalu ada untuk kamu mendampingi kamu menjaga rawat hati kamu.mendengar segala keluh kesah kamu.aku sayang sungguh aku sayang dan kerana itu aku di sini di depan mu untuk bantu kamu terus bangun.kenapa kau begitu lemah kenapa kau jatuh lagi sayang,bangunlah aku di sini menjadi tongkat buat kamu berdiri.mari sayang pegang tangan aku dan ikut aku berlari sama.kuatlah sayang kau kena kuat sayang hanya untuk sedetik ini aku janji lagi untuk pimpin kamu.hanya sedetik ini hingga nanti aku mati,dan kau tetaplah terus berlari.....




cacatan memujuk buat kekasih gelap di sebelah sana
aku masih ada bila masa saja kau perlu.

7 comments:

  1. baguslah ko
    kalau aku tak tau nak buat apa

    ReplyDelete
  2. biasa pendam semua, fikir boleh, kuat. tapi di hujung hari, rasa nak bunuh diri.
    pernah rasa. kenapa pendam. sebab tak semua org nak tahu kisahnya.

    ReplyDelete
  3. mari kita merentangi pelangi.campakkan pisau belati.takut antara kita akan tertikam sama sendiri.

    ReplyDelete
  4. sex without love or music tanpa irama?

    blh ibarat lagu tu?

    ;p

    ReplyDelete